Pengalaman Bahasa Melayu ketika awal belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )
oleh Mihsan dacholfany (Pelajar S3 UKM 2006)
Universiti
Kebangsaan Malaysia ( UKM ) adalah satu-satunya Universiti yang
memperjuangkan hak penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya
dan pelajar asing diwajibkan untuk mengikuti kursus Bahasa Melayu
sebagai syarat akademik dan ramai pelajar asing menyedari akan
pentingnya kursus tersebut walaupun mendapatkan kesukaran untuk memahami
Bahasa Melayu tersebut. termasuklah penulis ini ketika pertama kali
belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengikuti kursus .
Ada beberapa ayat dalam bentuk tulisan atau perbincangan yang membuat
para pelajar Asing merasakan kesukaran dalam memahami Bahasa Melayu,
seperti contoh untuk pertama kalinya penulis bermula masuk kelas di
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi bersama rakan-rakan yang juga
berasal dari Indonesia, satu fakulti namun jabatan Kami berbeza-beza,
ketika datang ke fakulti, Kami mendapati ayat atau tulisan di depan
gedung tersebut, iaitu dilarang masuk kecuali “ kakitangan”, yang
membuat saling bertanya diantara Kami beberapa menit tetapi tidak ada
yang mengetahui maksud ayat tersebut, termasuklah teman yang mahu pergi
ke bilik air juga mendapati tulisan : dilarang masuk kecuali
”kakitangan” Kami bertambah tidak dapat memahami tulisan tersebut,
apakah yang boleh masuk hanya ”kakitangan” sahaja, bagaimana dengan
kepala dan badan Kami, mengapa dilarang masuk ?, setelah Kami bertanya
kepada orang yang lalu di hadapan Kami iaitu seorang lelaki yang
membersihkan lantai, dan Kami bertanya setelah mendapat keterangan,
akhirnya Kami semua memahami ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan
adalah pengurusi, pensyarah atau kerani fakulti bukan pelajar, akhirnya
Kami tersenyum sambil ketawa dengan diiringi kebahagiaan, sebab Kami
mendapat ayat yang sama tetapi ertinya berbeza dan mendapat pengalaman
setelah mengetahui erti ayat atau tulisan tersebut.
Setelah berada
di dalam kelas, Saya bertanya kepada rakan di samping Saya tentang
“kapan” ia membeli buku, kemudian Saya bertanya “ bisa” Saya lihat
kerana buku kursus itu belum Saya beli dan baharu melihatnya, ia hanya
diam sahaja dan Saya bertanya lagi, akhirnya ia sedikit marah sebab buku
yang baharu dibelinya mahu dikapani, tentu ia tidak mahu dan tidak
mungkin ada ularnya serta mengeluarkan racun didalam buku tersebut yang
akan Saya lihat sebab “bisa” di dalam Bahasa Melayu ertinya “racun dari
ular yang berbisa”, kemudian ia balik bertanya apa ertinya “kapan”,
kemudian Saya menjelaskan dalam bahasa Inggrisnya kerana mendapati
kesukaran di dalam memberi penjelasan iaitu “When” sedangkan”kapan” di
dalam Melayu ertinya “Kain putih untuk orang yang sudah meninggal” dan
ia juga juga menjelaskan “kapan” di dalam Bahasa Melayu iatu ” bila ”
yang bererti “waktu”, kemudian ia menjelaskan “ bisa “ ertinya “ racun
ular “akhirnya rakan tersebut dapat memahami maksud Saya dan akhirnya
Saya memohon maaf kerana membuat ia marah dan ia juga memohon maaf
kerana tidak memahami maksud Saya sebelumnya, ini menerangkan bahawa
ucapan atau ayat yang sama tetapi ertinya berbeza, dan rakan yang
melihat kes Kami tersebut, hanya ketawa sahaja mendengar perbincangan
Kami dan akhirnya memberi amaran agar Kami senyap di bilik kelas kerana
“pensyarah” sudah datang, Saya kembali bertanya kepada rakan yang
berasal dari Malaysia tersebut, apa ertinya pensyarah setelah mendapat
keterangan bahawa “pensyarah” adalah guru di peringkat pengajian tinggi
dan jika dalam Bahasa Indonesia disebut “dosen” dan akhirnya Saya
mengerti apa yang dimaksudkan bahawa makna dan erti berbeza, setelah
Kami masuk ke bilik kelas, pensyarah memulakan dengan perkenalan
terlebih dahulu, sebelumya pensyarah menyuruh Saya untuk mengambil
“pemadam”, Saya hanya diam dan tidak dapat mengerti apa yang
diperintahkan, pensyarah menyuruh Saya kembali yang kedua kalinya untuk
mengambil “pemadam“, Saya menjadi pening dan akhirnya Saya keluar untuk
membawa baldi yang berisi air, sebab menurut pengertian Saya dalam
Bahasa Indonesia, “pemadam” adalah alat untuk mematikan api atau
memadam api dan Saya bertanya kepada rakan-rakan, dimanakah tempat yang
terbakar kerana api atau adakah diantara teman yang menyalakan api ?,
sebab jika tidak di padamkan akan mengakibatkan kebakaran pada bilik
kelas atau gedung dan mesti di padamkan dengan air, rakan-rakan tidak
menjawab pertanyaan Saya dan rakan-rakan hanya tertawa melihat kes
tersebut, akhirnya rakan yang duduk di belakang memberikan penjelasan
bahawa “ pemadam “ adalah alat untuk menghapus tulisan yang ada papan
tulis, Saya hanya diam dan tertunduk malu serta kembali duduk kerana
ayat tersebut mengandung ucapan dan tulisan atau ayat yang sama tetapi
maknanya berbeza sehingga Saya tidak mengetahui apa yang diperintahkan,
kes itu terjadi juga pada waktu pensyarah bertanya untuk pertama kalinya
kepada Saya tentang nama dan “duduk“( Bahasa Malaysia tidak baku )
dimana?, Saya menerangkan nama saya dan menjawab bahawa Saya sekarang
“duduk di atas kursi” teman-teman di belakang dan samping Saya ketawa
lagi sejenak mendengar jawapan Saya, padahal yang dimaksudkan adalah
”tempat tinggal“, sehingga akhirnya rakan-rakan dan pensyarah sedar
bahawa Saya adalah satu-satunya pelajar asing yang belum mengetahui
betul Bahasa Melayu.
Setelah kursus selesai, rakan dari Malaysia,
mengajak Saya untuk “pusing-pusing” menggunakan keretanya dan Saya keras
kepala tidak mahu mengikutinya, sebab pusing-pusing di dalam Bahasa
Indonesia ertinya “mabok akibat dari minuman keras” dan dilarang oleh
agama, lalu Saya bertanya, apa ertinya pusing-pusing dan ia menjawab
pusing-pusing ertinya “putar-putar atau keliling”, ini bererti ucapan
sama dan tulisan atau ayat yang sama tetapi maknanya berbeza, kes ini
terjadi lagi, setelah rakan Saya itu mahu “belanja” untuk Saya tetapi ia
mengajak Saya ke kantin kemudian tidak bosan-bosan untuk bertanya
kembali apa yang dimaksudkan”belanja” dan ia menjelaskan bahawa” belanja
ertinya beli barang atau makanan tapi masalah pembayaran ia yang bayar
kerana ia yang mengajak belanja, namun jika di dalam Bahasa Indonesia,
belanja ertinya membeli barang sahaja sedangkan dalam hal pembayaran
yang bertanggungjawap disebut “mentraktir” khasnya di dalam membeli
makanan.
Dengan kes tersebut, Saya menyedari akan perlunya untuk
memahami dan mengikuti kursus Bahasa Melayu dengan baik, semoga dengan
kes-kes tersebut Saya bertambah semangat dan mahu untuk belajar dengan
banyak membaca buku atau akhbar serta banyak bertanya kepada
rakan-rakan serta semoga tidak akan terulang kembali kes yang membuat
Saya malu kerana tidak dapat memahami erti dan perbincangan atau
memahami betul ayat atau tulisan di dalam Bahasa Melayu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar