Minggu, 05 Maret 2017

NOTA KEUSAHAWANAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM




                                                                                   

PROGRAM
SARJANA PENDIDIKAN


PENSYARAH

DR.NORASMAH HJ.OTHMAN

DR.AB HALIM TAMURI


DISEDIAKAN

M.IHSAN DACHOLFANY

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI – DARUL EHSAN- MALAYSIA
2003




TUGAS I

I. KONSEP PERNIAGAAN
1. Pendahuluan.
Keperluan wujudnya institusi pasar bagi urusniaga perniagaan adalah tidak dipertikaikan dalam pemikiran ekonomi Islam. Ekonomi Islam yang bersumberteraskan al-Qur’an dan hadith menyedari bahawa manusia tidak mampu bagi menghasilkan sendiri segala keperluan hidupnya, maka mereka memerlukan pertukaran barangan keluaran dikalangan Islam.
2. Definisi Konsep Perniagaan.
Ramai Ulama Islam yang mendefinisikan erti konsep perniagaan Islam diantaranya  iaitu :
·         Imam  al Razi, dalam kitabnya mafatihah al gahib ; perniagaan atau jual beli  sebagai jenis transaksi barang-barang wujud belum atau tidak wujud.
·         Ibnu Khaldun di dalam kitabnya : al Muqoddimah ; perniagaan atau jual beli sebagai satu cara perluasan modal.
·         Richard N. Cooper dalam  Enclipedia Americana, mendefinisikan perniagaan dengan perdagangan , perniagaan adalah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan.
kesimpulan bahawa perniagaan penekanan kepada barang, wang,, kontrak, harta dll.

konsep jual beli menurut Islam, sehubungan dengan ini Allah telah berfirman dalam ayat yang terjemahan iaitu
“ Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka “
Konsep Perniagaan dalam Islam Meliputi hablul minallah dan hablun minan nas.    Islam  satu cara hidup yang mengiktiraf  keusahawanan sebagai salah satu cabang ibadat sehingga bersedia mengakui bahawa 90% daripada sumber rezeki datangnya dari hasil perniagaan. 

Perniagaan  ialah sebahagian dari komponen perdagangan yang mana aktiviti
Yang   terlibat    hanyalah     membeli dan menjual untuk    mendapatkan keuntungan yang   melibatkan     pemborong   ,peruncit,  pengimport  dan pengeksport. 

 Konsep perniagaan dalam Islam adalah luas sehingga  meliput konsep
Ketuhanan     yang   mana      dalam    proses    jual beli   akan  berlaku   perhubungan  Antara  manusia dengan Allah. Allah S.W.T membeli keimanan ,ketakwaan, dan amal salih  dengan  kebahgian  hidup   di dunia dan   ganjaran syurga  di akhirat   kosep  ini dikenali sebagai   hablumminalah.    Manakala  konsep     hablumminannas       adalah  pematuhan    segala    perintah  Allah  S.W.T dan penjauhan segala perbuatan yang di-laranganya  jika berhubung dengan manusia dan alam sekitar termasuk    didalamnyadiri , tenaga, masa dan harta. Yang dianugerah oleh Allah .

3.Sejarah Perniagaan..Sejarah keusahawanan Islam telah bermula sejak awal kejadian manusia dimana dua orang anak bapa segala manusia iaitu  Nabi Adam AS  mempelapori dua bidang utama keusahaanan  iaitu Habil mempelopori bidang pertanian dan Qabil  mempelopori bidang ternakan .Sejarah Islam juga telah membuktian kebanyakkan nabi yang diutuskan oleh Allah telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sama ada bidang pertanian ternakan,pertukangan dan perniagaan yang bukan dalam negeri malahan diperingkat antarabangsa.
                   Kegiatan perdagangan telah pun  wujud dalam masyarakat primitif,di
mana penggunaan   seperti   batu  , kulit  kerang   dan  sebagainya  sebagai   wang.
Manakala emas, perak dan tembaga telah digunakan  untuk    segi mata wang oleh
masyarakat   Mesir , Babiliona  ,greek,China dan India.
                i Barat  penggunaan wang kertas dalam proses perdagangan  telah dianggap
berubah ke era tamaddun  moden.Faktor fizikal di Semenanjung Arab yang kering kontang yang tidak lagi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi selain dar ipada  perdagangan menjadi suatu     alasan mengapa masyarakat Arab memelihara akan     kepentingan  perdagangan-perdaganan dan     bergerak   aktif  dalam  aktiviti ini. Sebelum kelahiran Islam di Mekah terdapat 13 ( Tiga belas )buah pasar telah beroprasi mengikut musim dan tempat yang berbeza disemenanjung Arab .Bangsa Arab muncul sebagai  pedagang-pedagang    yang hebat setelah kelahiran Islam  danx      Bandar    Mekah    telah    lahir    sebagai suatu pusat peribatan    yang   terpenting       di Semenanjung    Arab.   Perdagangan     di  Mekah berkembang   pesat   disebabkan adanya    keamana ,   keselamatan     dan  kebabasan   cukai yang wujud dibandar tersebut. Pedagang-pedagang  Arab ini   menguasai jalan perdagangan darat dan laut yang mana mereka berdagang sehingga ke China di Timur  manakala di utaranya sehingga ke Eropah dan Selatanya sehingga ke Afrika.Kesannya tamadun dan kebudayaan bangsa Arab diperkayakan.

Perkembangan perdaganga   di Semenanjung     Arab   dipelopori  sendiri  olehRasulullah  s.a.w . secara peribadi   di dalam      melaksanakan    perintah  -  perintah  Allah S.W.T. di dalam al-Quran     agar umatnya  rajin  bekerja    dan kerja   itu   akanditerima sebagai      sebahagian daripada     ibadat     dengan      tidak   mengenepikan kerelaan   Allah.    Di zaman     pemerintahan   para   sahabat perdagangan    di bumi Arab berkembang   pesat   dengan   perkembangan  Islam     kemerata   dunia        dan mereka memperkukuhkan  jalan perdagangan yang telah sedia wujud sebelum Islam.

                                2. JENIS MILIKAN PERNIAGAAN

                Ekonomi Islam mempunyai sikap tersendiri terhadap hak milik, berbeza dengan kapitalis yang mengganggap hak khusus sebagai dasar kaedah dan hak milik umum sebagaipengecualian.
               
                Hak milik dalam ekonomi Islam sama khusus atau umu tidak mutlak tetapi terikat dengan ikatan-ikatan yang sebabnya ialah demi merealisasikan kepentingan orang ramai dan mencegah bahaya, yamng akhirnya menyebabkan hak milik itu menjadi tugas masyarakat.
                Bagi orang Islam yang sentiasa mengikut al-Qur’an akan mengetahuai akan erti harta dan segala bentuknya milik Allah. Seperti Firman Allah iaitu :
Kepunyaan Allahlah kerajaan semesta langit dan bumi dan apa yang antara keduanya “ (al Maidah : 17 )
Berdasarkan bentuk pemilikan ,corak kawalan dan pengurusan , badan perniagaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis milikan seperti:

·         Pemilikan  TunggalPerkongsian
·         Syarikat berhad dan syarikat umum berhad
·         Syarikat koperasi berhad
·         Hak milik umum dalam Islam

Hak milik dalam Islam ertinya harta, apabila dikhususkan untuk kepentingan umum, hali ini kebalikan dari hak milik khusus pemanfaatannya untuk individu seperti : jalan, aliran sungai dan sebagainya.

Hak milik barang atau hasil galian bumi
Setiap hasil bumi jika datangnya dari dalam tanah yang bukan milik sesiapa, maka ia menjadi hak milik negara atau kerajaan untuk dimanfaatkan oleh  ramai orang sebab ia sengaja tidak dimilika orang atau tidan ditanam dengan sengaja..

Penutup.Demikianlah Agama Islam telah mengatur bentuk perniagaan dan konsepnya, sehingga kehidupan bermuamalah terhadap Allah sendiri dan manusia menjadi baik serta dapat melahirkan suatu keberkahan dan kebahagiaan.


Tugas II. PRINSIP DAN PERATURAN DAN PERNIAGAAN TERLARANG


1.Pendahuluan..Islam mengakui kebebasan  berekonomi, terikay dengan syariat Islam..sikapnya berbeza dengan system kapitalis iaitu yang menjamin individu untuk bebas secara mutlak, dengan cara yang sesuai dengan menurut pendapatnya atas kepentingan peribadinya sahaja dan sesuai dengan keyakinannya akan memperolehi keuntungan maksima dan tinggi. Dia boleh menggunakan apa sahaja alat, menyimpan keuntungannya dan membuahkan hartanya dengan cara yang dikehendakinya tanpa campur tangan negara dalam perancangan tersebut. Negara tidak berhak mengarahsesuatu yang bertentangan dengan kehendak individu tersebut

Dan Islam juga tidak mengikut sikap Sosialis Marxis iaitu kebebasan berekonomi ialah secara ekstrem kebalikan dari ekonomi kapitalis, individu disana tidak mempunyai kebebasan membuat atau membuahkan modalnya kerana hanya negara yang boleh memiliki semua ini, malah yang lebih kejam, individu disana tidak bebas memilih atau membatasi pekerjaan yang dilakukannya  tetapi di harus bekerja dengan panduan  yang telah digariskan Pemerintah sesuai dengan rancangan yang mereka tentukan.

Islam telah menentukan ikatannya dengan tujuan merealisasikan dua perkara iaitu :
1.        Agar kegiatan ekonomi berdasarkan hukm menurut pandangan Islam.
2.        Terjaminya hak  negara sama ada untuk mengawasei kegiatan ekonomi terhadap individu, mengatur dan melaksanakan beberapa kegiatan ekonomi yang tidak mampu ditangani mereka atau tidak mampu menggunakannya de ngan baik sehingga dilaksanakan berdasarkan Syariat Islam.

Firman Allah : “ Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
                Kegiatan jual beli yang diharamkan terdiri daripada : sogokan, penyalah gunaan kekuasaan, penipuan sesama sendiri, merampas harta dengan zalim dan sebagainya, sesiapa yang melakukannya akan mendapatkan balasan Allah kelak dan menyimpang dari ekonomi yang dihalalkan.

untukitulah dalam jual beli ada rukun, syaratnya:
1.Rukun Di dalam Islam ada rukun jual beli yang mesti diketahuioleh penjual dan pembeli sehingga terjadi kerelaan diantar keduanya , adapun rukunnya iaitu :
1.Penjual.2.Pembeli.3.Barang yang dijual beli.4.Harga.  5.Shigah atau ijab Kabul.

2.1.Syarat bagi Penjual dan Pembeli.Dalam jual beli tentu mempunyai syarat yang harus dilaksanakan oleh  sehingga pekerjaan itu menjadi sah menurut Syariat. Adapun syaratnya adalah :
                1.Cukup umur ( baligh) dan sempurna akal
    pikiranya ( rasyid ).2.Tidak dihalang dari menguruskan muamalat.
3.Tidak wujud sebarang paksaan atau secara  suka rela.

2.1.Syarat bagi barang.
Setiap barang yang dijual beli dikenakan syarat oleh Islam, syarat-syarat itu adalah :
1.Barang itu mestilah ada ketika akad jual beli.2.. Barang itu mestilah bernilai   bermanfaat.3.Jelas sifatnya dan dilihat oleh pembelisama ada ketika akad  /sebelum akad.4.Penjual berkuasa untuk menyerahkan barang    itu kepada pembeli.

2.3. Syarat bagi Harga.
Harga sesuatu barang yang hendak dijul beli juga dikenakan syarat oleh Islam , syarat-syaratnya adalah :
1.Harga barang yang dijual mestilah disebut ketika akad.
2.Mata wang mestilah dijelaskan kecuali jikadilihat ketika akad.
3. Barang dapat dijual dengan menangguhkan  bayarannya.
4.Selesai sahaja berlaku akad, penjual mula   berkuasa terhap harga sekalipun
                 belum diserahkan kepadanya

2.4. Syarat bagi Syigah atau Ijab Kabul.adalah sangat penting didalan sesuatu jual beli iaitu bentuk berlakunya Ijab dan Kabul sama ada tunai, hutang, tangguh dan sebagainya, adapun syarat-syaratnya :
1.        Mestilah menandakan kerelaan dan keredaan antar kedua belah pihak iaitu penjual dengan pembeli kerana kedua belah pihak menerima implikasi dari jual beli itu.
2.        setiap perkataan atau tulisan dan syarat berkaitan dengan jual beli itu mestilah difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

3.Proses.3.1. Majlis Akad. Bermula Majlis Akad itu apabila berlaku pertemuan anatara penjual dan pembeli untuk tujuan menjual dan membeli barang, ia boleh berlaku sama ada kedua belah pihak hadir sendiri, wakil, melalui surat-menyurat, teks atau telepon dan sebagainya.

3.2. Kenapa ada Had Majlis Akad ? Kerana:
1.        Membeli peluang kepada kedua-dua belah pihak  berfikir sama ada menerima atau menolak jual beli yang telah diijab oleh pihak penjual, jika ia suka, ia boleh menerima ijab itu selagi berada di dalam majlis akad itu. Langka masa antara ijab dan dan Kabul itu itu tidak ada hadnya.
2.        Memberi peluang kepada pihak penjual menarik semula sebelum dikabul oleh pihak kedua.
3.        Kedua-dua pihak boleh membatalkan jual-beli selama dalam majlis akad.

3.3.Kuat Kuasa Jual Beli.
Akad jual beli itu berkuat serta merta apabila kedua-dua belah pihak boleh memilih untuk berjual beli atau berpisah dari majlis akad, selepas ijab dan Kabul.

Sesuatu jual beli itu tidak sempurna jika tidak dijelaskan sama ada
dalam bentuk perkataan, tulisan atau isyarat, Tetapi sesuatu jual beli itu sah dan
berlaku tampa sebutan asalkan berlakunya penyerahan wang dan penerimaan barang, asalkan menepati harga sebenar yang dikenal dengan  bai’al     terutama bahan-bahan murah atau keperluan harian.

3.4.Syarat semasa Ijab dan Kabul.
Semua syarat yang berkaitan jual beli diterima asalkan ia mendatangkan manfaat dan tidak pula bercanggah dengan dasar jual beli, tentu ada syarat - syaratnya iaitu
1.        Syarat yang berkaitan dengan akad itu sendiri seperti barang hanya diserahkan oleh penjual setelah pembeli menyerahkan barang tetrsebut.
2.        Syarat memperkuatkan lagi akad ijab Kabul seperti hak penjual iaitu mengadakan penjamin-penjamin tertentu.
3.        Syarat yang dikenakan berdasarkan kepada keperluan semasa seperti melalui surat kredit dan sebagainya.

4.Pilihan atau Khiyar :hak memilih, tawar menawar jual beli dan sama ada melansungkan jual beli atau membatalkannya antara penjual dan pembeli, tujuannya antara kedua-dua belah pihak menerima resiko atau tidak timbul penyesalan kemudian hari sama ada dari segi barang tersebut atau harganya.

Khiyar terbagi kepada beberapa bahagian ;
4.1. Khiyar Majlis.
Pemilihan antara penjual dengan pembeli dalam majlis akad dinamakan Khiyar majlis. Selagi belum berpisah di dalam majlis akad itu kedua-dua belah pihak berhak untuk meneruskan atau membatalkan jual beli itu.

4.2. Khiyar Syarat :Pemilihan anatara penjual dan pembeli untuk sama ada meneruskan jual beli atau membatalkanya dalam jangka masa tiga hari
Penerusan atau pembatalan jual beli itu berlaku melalui dua cara ;
1.        Perkataan : satu pihak mengeluarkan perkataan yang membawa maksud menerus dan membatalkan jual beli tersebut seperti perjual atau pembeli berkata : “ Saya teruskan jual beli ini atau sebaliknya”.
2.        Perbuatan : Salah satu pihak melakuakan sesuatu atau tindakan yang menunjukkan ia mahu meneruskan atau membatalkan jual beli itu, misalnya penjual menggunakan barang yang hendak di jual beli itu dalam masa khiyar sayarat untuk kegunaan dfirinya. Ini bererti penjual membatalkan jual beli tersebut.

4.3. Khiyar rukyah.
Pemilihan terhadap sesuatu barang dengan terlebih dahulu melihat dan mengambil ataukedudukan sesuatu barang terutama tujuan asal barang tersebut dinamakan khiyar rukyah, contohnya melihat barang yang dipamerkan sebagai contoh barang yang hendak dibeli.
4.4. Khiyar Aib.Jika pembeli mendapat kecacatan pada barang yang dibeli dalam masa Khiyar, maka ia berhak untuk membatalkan jual beli itu.
5.Tempat Penyerahan Barang
1.        Biasanya berlaku penyerahan di tempat yang diadakan akad.
2.        Penyerahan barang juga dapat dilkukan di sebarang tempat yang dipersetujui bersama iaitu antara penjual dan pembeli.
6.Perbelanjaan Pembayaran Harga dan Penyerahan Barang                 
1.        Pembeli menanggung segala kos pembayaran harga barang yang dibelinya.
2.        Penjual pula menanggung segala kos penyerahan barang kepada pembeli
3.        Pembeli boleh menanggung penyerahan dan penjual juga boleh menanggung kos pembayaran jika terdapat persetujuan dan penjanjian antara mereka.
7. Barang Rosak.
1.        Jika berlaku kerosakan terhadap barang itu sebelum itu ia dapat diserahkan kepada pembeli, ia ditanggung oleh penjual.
2.        Jika berlaku kerosakan terhadapa barang itu setelah ia diterima oleh pembeli, ia ditanggung oleh pembeli.
8. Serah- Menyerah Barang.
 Serah menyerah tidaik menjadi syarat jaual beli, ia sekadar menyempurnanakan proses jual beli. Penyerahan berlaku melai pelbagai cara :
1.        Tanah, berlaku penyerahan dengan keizinan penjual kepada pembeli untuk mengendalikannya.
2.        Rumah, berlaku penyerahan dengan penyerahan kuncinya.
3.        Binatang ternak, berlaku penyerahan dengan pembeli yang memegang talinya.
4.        Barang-barang yang bersukat dan bertimbang, berlaku penyerahan setelah disukat dan ditimbang dajn di masukkan kedalam berkas dan dibungkus.
5.        Barang-barang lain berlaku penyerahan dengan pemberian barang itu kepada pembeli dan mengambilnya tampa halangan.
9. Tahan Barang.
Dalam kes jual beli tunai, penjual berhakmuntuk menahan barang itu sehinggalah pembeli menyerahkan bayaran sepenuhnya, tetapi penjual tidak berhak berbuat demikaian jika jual tangguh iatu bai’hi thaman al ajil.
10. Kerugian atau al Ghaban
Di dalam jual beli tentu ada yang mengalami kerugian dan  ada yang untung , Kerugian yang dimaksudkan adalah kerugian besar yang dialami sama ada penjual dan pembeli seperti 5 %, 10, atau 20 %, Jika berlaku kerugian terhadap pembeli, bukan kerana penipuan, ia ditanggung oleh oihak tersebut dan jual beli tersebut boleh dibatalkan kecuali jika melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal, jual beli itu dianggap tidak sah.
11. Penipuan atau al Gharar.:Apabila salah satu pihak pembeli atau pembeli diberikan gambaran atau sifat sifat lain daripada sebenar ,bila hal ini terjadi, pihak yang rugi besar boleh membatalkan jual beli. Hak membatal jual beli kesan daripada penipuan terhenti apabila ia mati, Disini hak itu tidak boleh diwarisi oleh warisnya. Hak membatalkan jual beli juga tamat apabila pihak yang rugi itu mengubah suai atau memusnahkan barang tersebut.
12. Jual Beli dengan orang sakit Tenat
Orang sakit yang boleh membawa mati dianggap sebagai orang yang sakit tenat, ketika itu ia mengalami gangguan fikiran, sedang dipengaruhi dan mudah pula ditipu, justeru jual beli itu dengan orang yang sakit tenat ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
Jika ia menjual harta kepada warisnya, makam jual beli itu terhenti ( tidak sah ) kecuali setelah mendapat persetujuan semua waris yang lain untuk megelakkan perbalahan dalam keluarga kerana mungkin berlaku penipuan dan paksaan.
Jual beli itu sah jika harta itu dijual kepada orang lain dengan harga berpatutan seperti di pasar terbuka, tetapi jika dijual dengan harga yang amat rendah iaitu satu pertiga dariapada harga yang sebenar, pihak pembeli wajib menambah harga yang setimpal kepada waris jika tidak jual beli itu tidak sah

1.        Jika si pesakit itu mempunyai hutang, tetapi menjualkan hartanya kepada orang lain dengan harga yang lebih rendah, orang memberi hutang berhak untuk menuntut haraga yang dsetimpal untuk membayar hutang. Selepas ia mati, jika pembeli tidak mahu membayarnya, mak jual beli tidak sah.

PENUTUP.Kita sebagai Ummat Islam mesti mengikuti ajaran dan syariat Islam di dalam melaksanakan muamalat khasnya di dalam jual beli, dengan harapan adanya kerelaan dan keberkahan dari apa kita kerjakan.

TUGAS III1.PRINSIP EKONOMI ISLAM

1.PendahuluanSebelum  mengkaji tentang prinsip ekonomi Islam, Kita mengetahui bahawa ekonomi dan agama mempunyai pertalian yang rapat, malahan di Barat, ekonomi tidak pernah terpisah dari agama sehingga lewat abad ke 17. Pada zaman pertengahan di Eropa, wacana ekonomi dikupas dan diperkembangkan oleh ahli gereja seperti Thomas Aquinas dan St. Augistine . Cuma dengan kelahiran revolusi Industri dan pengeluaran barangan secara besar-besaran barulah terserlah pemisahan pemahaman antara agama dan ekonomi, tetapi gerakan pemberontakan menentang agama telah mula reda, dan ramai ahli ekonomi mula menyedari bahawa dalam ekonomi  akan sentiasa wujud kerangka tindakan  berbentuk agama, moral dan perikemanusian, Justeru itu mereka mula memadukan perkara-perkra ini dalam kajian kebendaan dan objektif yang mereka jalankan.
Rentetan daripada itu, cirri pertama ekonomi Islam ialah kenyataan bahawa ekonomi merupakan sebahagian daripada siistem Islam yang menyeluruh, Ekonomi Islam mempunyai hubungan yang erat dengan agama, aqidah dan syariat Isllam, mungkin itulah sebabnya sejak dari peringkat awal al-Quran diturunkan telah menguruk corak ekonomi yang sedia ada pada masa itu.

2. Natijah aktiviti Ekonomi Islam .Natijah dari  aktiviti ekonomi Islam jika :
Satu ibadah, kalu ia bertujuan untuk mencapai keridoan Allah dan diniatkan untuk- Nya.Walaupun ekonomi Islam ingin memperoleh manfaat material, itu hanya sebagai landasan  kepada tujuan yang lebih besar dan lebih mulia, iaitu memakmurkan bumi ini dan menyediakan  sebagi tempat untuk manusia berbakti selaku hamba dan khalifah ( wakil) Allah di bumi ini.
Pengawasan ekonomi Islam adalah menerusi pengawasan yang dilakukan sendiri di samping pengawasan undang-undang yang digubal oleh pemerintah. Pengawasan yang dilakukan sendiri yang ditunjangkan Imana kepada Allah, Rasul dan hisab pada hari akhirat lebih kerasa dan lebih berkesan daripada pengawasan cara lain.

3. Prinsip Ekonomi Islam.Sbilangan besar penulis Islam berpendapat bahawa terdapat tiga prinsip asas ekonomi Islam :Kebebasan yang terhad dan tertakluk kepada nilai-nilai akhlak.
hak  milik.campur tangan pihak yang berkuasa.
Islam memberi kebebasan dalam batas-batas tertentu dan dalam lingkungan nilai-nilai akhlak, manusia dijadikan dengan berbagai-bagai kemampuan dan Allah menggalakkan manusia bekerja dan memiliki hasil daripada titik peluhnya ertnya di dalam al-Quran bermaksud iaitu :
 “ Dan bahwasannya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya “ (An-Najm : 39 ),
      Segala amalan ekonomi yang bertentangan dengan syariat Islam dianggap sebagai menyalahgunakan kebebasan yang diberi, tujuan pengharaman kegiatan ekonomi dalam bentuk penipuan, rasuah dan sebagainya ialah untuk :
·         Memupuk rasa tanggung jawab terhadap sesama anggota masyarakat.
·         Menutup arah ke jalan monopoli dan kejayaan pada segelintir manusia.
·         menggalakkan seseorang bekerja keras mengikut kemampuannya dan dengan cara yang di bolehkan oleh syariat Islam.
·         Menggalakkan pelabuaran pada modal yang dibekukan.
Kalau dalam sistem kapitalis, hak milik berada pada  individu secara mutlak, dan dalam sosialis pada pihak yang berkuasa, maka dalam Islam hak milikm pada persendirian dan awam.
 Pembahagian hak milik ini mengandungi beberapa hikmat iaitu : Untuk peribangan kuasa politik, cara ini mengelakkan berlakunya sebarang penekan dan penindasan. dalam pembangunan masyarakat secara umumnya dan ekonomi khususnya.
Islam mengakui fitrah manusia manusia yang ingin memiliki sesuatu dengan menikmati apa yang dimiliki, demi kesejahteraan hidup masyarakat, Islam menggariskan beberapa garis panduan untuk memili harta :Harta benda hendaklah diperoleh dengan jalan  yang halal.Zakat, cukai dan sumbangan  ke jalan Allah hendaknya di keluarkan daripada harta tersebut.
Dalam hal pengagihan milik persendirian, hendaklah dielakkan perkara yang lebih mengakibatkan perluasan jurang pendapatan dan agihan kekayaan dan dilarang menggunakan kekayaan untuk perkara-perkara yang boleh membahayakan orang lain atau alam sekitar.
Syariat Islam menghruskan konsep campur tangan pihak yang berkuasa dalam kegiatan-kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan maupun penyusunan, penagihan, adapun bidang-bidang yang dibolehkan pihak berkuasa campur tangan adalah seperti berikut Jaminan Sosial atau masyarakat,Pengagihan  pndapatan.Jaminan persamaan peluang.
Pengawasan Pemasaran,Memerangi Riba.,Dasar kerja dan upah.
4.Asas Falsafah Ekonomi Islam.
Jika Asas Falsafah Ekonomi Sosilialis adalah pertarungan kelas, dan asas falsafah ekonomi kapitalis tergambar dalam konsep Laissez faire, maka asas ekonomiIslam tergambar dalm konsep Tauhid. Pertama, alam ini adalah milik Allah iatu segala harta dann kekayaan serta segaa sumber adalah kepunyaan Allah dan yang mengagih dan menganugerahkan menurut kehendaknya, keduua, hanya Tuhan yang Esa dan lain makhluk tunduk kepada-Nya, oleh sebab manusia muncul daripada asal-usul yang serupa, jadi tarafnya adalah sama dan tidak ada kelas dikalangan manusia, ketiga kepercayaan kepada hari pembalasan meninggalkan kesan yang penting ke atas tindakan ekonomi seseorang sebab ia menjangkau ruang masa, jadi sebelum membuat tindakan, seseorang individu Islam  akan berfikir untung ruginya dalam kehidupan pada akhir akhirat, dalam istilah ekonomi, indvidiu tersebut menimbanga manfaat dan kos bagi sebarang tindakannya.
5.Kesimpulan .Ringkasnya, pada pandangan Islam, Islam tidak terpisah daripada Agama dan terdapat beberapa ciri yang membezakan kegiatan ekomnomi Islam dengan kegiatan ekonomi lain. Ekonomi Islam sebagai suatu ibadah bertujuan memakmurkan bumi dan menyediakan tempat untuk umat Islam untuk berbakti, diawasi oleh sendiri oleh individu berkenaan dan menciptakan keseimbangan antara masyarakat dengan Individu.

2. PERBANKAN ISLAM
 Bank iaitu institusi kewangan yang memainkan peranan sebagai orang tengah antara modal yang berusaha mencari pelabur dan pelaburan yang mencari modal . institusi ini berfungsi mengikut tujuan ia ditubuhkan seperi Bank Pusat, Bank khas, Bank Perdagangan dan lainnya.
                Adapun jenis-jenis bank perdagangan sekarang ada yang menghadkan kegiatan mereka kepada satu bidang sahaja seperti bank-bank industri, perdangan atau pertanian, tetapi
2.Bank Islam
Bank Islam ialah bank yang bercorak ekonomi dan kemasyarakatan yang diadun de ngan pemikiran Islam dalam hal pelaburan harta. Ia memberi peluang kepada pemodal mencari keuntungan menerusi saluran yang halal menurut dasar-dasar ekonomi Islam.
                Bank Islam merupakan institusi kewangan Islam yajng bekerja menjalankan tugas darisegi kewangan, perdagangan dan pelaburan. Membina projek-projek industri pembuatan dan pembangunan ekonomi di dalam  dan luar negeri.
                Penubuhan bank-bank Islam adalah salah satu keperluan bai kegiatan ekonomi di negara-negara seluruh dunia dan negara-negara Islam khususnya Bank adalah penggerak utama bagi kemajuan ekonomi dunia, oleh itu ia mestilah diawasi supaya berjalan mengikut cara Islam iaitu menseimbangkan antara kepentingan umum de ngan kepentingan individu, bank Islam sejak ditubuhkan di negara-negara Islam dianggap sebagai sebuah bank perdagangan yang halal mengikut garis panduan hukum syarak. Oleh itu kita berharap ia tetap dengan dasar dan fungsinya dalam memajukan ekonomi.

2. Dasar- dasar Perdagangan Bank Islam.
                Ada beberapa dasar atau prinsip yang membezakan bank Islam dengan bank lain, antara lain :Aqidah, bank Islam berpegang kepada pemikiran aqidah Islam, oleh itu ia tidak mencari keuntungan semata-mata, tetapi ia mesti menjaga kepentingan masyarakat Islam.Pembangunan Negara, Bank Islam mengambil berat tehadap pembangunan rohani, mental dan akhlak selain pembangunan ekonomi, ukuran kejayaan Islam bank Islam bukan terletak pada keuntungan wang, tetapi terletak pada besarnya pulangan terhadap masyarakat dan negara.
Keadilan Sosial, Bank Islam mempunyai tujuan yang lebih luas daripada bank perdagangan, kerana ia bekerja untyuk kebajikan masyarakat dengan cara mengumpulkan zakat dan membelanjakannya mengikut saluran yang disuruh oleh hukum syarak, bank Islam juga memainkan  peranan penting dalam mewujudkan keadilan social dengan cara mengagihkan harta yang dilaburkan dengan cara insurans harta tanah, insurans kerjasama qard al hasan dan lain-lain.

Kawalan syariah, bank Islam tunduk kepada kawalan majlis fuqoha’ yang mengawasi perjalan bank, inilah yang membezakan bank Islam dengan bank yang lain. Kawalan ini dibuat oleh para fuqoha’ yang mahir dengan undang-undang dan syariat. Badan pengawas ini disebut kawalan syariah, tujuannya ialah menentukan perjalanan bank selari dengan hukum Islam. Tugaspara fuqoha’ ini sama dengan pengarah-pengarah bank biasa dan diberi elaun tahunan dan elaun musyuarat, wang ini diambil daripada keuntungan yang boleh digunakan setelah dipersetujui ramai dalam mesyuarat agung.

3. Kesan Positif terhadap Masyarakat.Bank Perdagangan biasanya bersikap negatif terhadap pelanggannya, ia tidak berminat kecuali memberikan oinjaman dngan kadar bunga yang tinggi dan mempastikan pelanggannya membayar balik hutang, tetapi bank Islam yang mengajak anggota masyarakat untuk bersama-sama berniaga setelah mengkaji peluang-peluang pelaburan yang baik, dengan itu bank Islam boleh membantu pelangganya mendapat pulangan yang lebih baik.
4. Kawalan SyariahBank Islam tunduk kepada kawalan majlis fuqoha’ yang mengawasi perjalanan bank, inilah yang membezakan bank Islam dengan bank yang lain. Kawalan ini dibuat oleh para fuqoha’ yang mahir dalam undang-undang dan syariat, badan pengawas ini disebut kawalan syariah.
                Tujuan kawalan Syariah ialah untuk  menentukan perjalan bank selari dengan hokum Islam, tugas para fuqaha’ ini sama dengah pengarah-pengarah bank biasa dan diber elaun tahunan dan elau mesyuarat, wang ini diambil daripada keuntungan yang dapat digunakan setelah dipersetujui mesyuarat agung dan dan  orang ramai.

5.Keistimewaan Bank Islam .
Bank Islam berbeza dengan bank-bank perdagangan lain daripada aspek-aspek berikut
·         Ia tidak mengambil atau memberi faedah, kerana riba diharamkan oleh syariat Islam dan lain-lain syariat.
·         Bank Islam menghidupkan ibadat zakat, mengurus dan menyusunnya untuk kebajian masyarakat.
·         Bank Islam berpegang pada konsep musyarakah ( perkongsian ) bukan berdasar amalan riba.
·         Pelabuaran yang berbagai jenis merupakan sumber pendapatan bagi bank Islam.
·         Bank Islam berusaha mengumpulkan wadiah ( deposit ) terutamanya daripada simpanan beku untuk digerakkan sebanyak mungkin bagi kepentingan masyarakat setempat.

Kerjasama antar modal dan usaha dan kepakaran dalam berbagai bidang boleh membawa kepada penggunaan yang maksima bagi factor-faktor pengeluaran dan dapat pula merancang pembangunan ekonomi dengan sempurna.
Dengan  tiadanya  system riba dan   digantinya  system    musyarakah ( perkongsian ) bererti bebasnya individu daripada kesan-kesan negatif seperti hanya duduk me                                                                           nanti faedah yang diberikan oleh bank.Pelaburan mendapat keuntungan yang adil, setimpal dengan peranan wang yang dilaburkan.

6.        Penutup.Dengan adanya penubuhan Bank Islam akan membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat di negara-negara Islam, sehingga dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat dengan sistem dan syariat Islam yang baik.

Tugas IV

SISTEM KEWANGAN ISLAM

1.PENDAHULUANSistem perbankan Islam telah ditubuhkan untuk menggantikan kepada sistem konvensional yang sedia ada. Secara amnya, sistem perbankan Islam telah berkembang sejak tahun 1983 di bawah Akta Bank Islam 1983. Sistem ini diwujudkan ekoran daripada keperluan kepada sistem perbankan Islam
                 Perbankan Islam adalah aktiviti perbankan yang dijalankan berlandaskan prinsip syariah. Perbankan Islam tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan perkongsian untung dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam.dan permasalahan system kewangan Islam ini ramai dibincangkan.
              
            Sistem perbankan Islam perlu lebih bersedia kerana sistem ini berada pada satu komposisi yang agak terkebelakang berbanding sistem perbankan Konvensional.
.         
2.SISTEM KEWANGAN ISLAM DAN PERANANNYA.
Sistem Kewangan Islam ( Nizam al mal al Islam ) iatu sebahagian daripada keseluruhan system ekonomi Islam, yang meliputi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan  kewangan.           
                    Ada beberapa syarat mesti ada dalam system :
·         Pelabagai Instrumen
·         Jumlah Institusi yang banyak
·         Mekanisme untuk menghubungkan institusi dan Instrumen.
Ada 2 unsur yang harus dipunyai dalam system kewangan Islam :
1.        Berintipati Islam sepenuhnya, tidak terhad dengan lebel.
2.        Mempunyai ciri suatu system yang canggih dan berdaya maju.

                  Pandangan umum menyatakan bahawa pasaran bagi ekonomi Islam adalah niche market atau pasaran yang kecil iaitu kurang daripada 2% dari jumlah asset yang boleh dikendalikan secara Islam. Hakikatnya, pasaran ekonomi Islam adalah lebih besar berbanding pasaran konvensional dari segi potensinya. Ini kerana orang Islam tidak boleh melabur atau mengambil manfaat daripada sistem yang berasaskan riba, manakala bagi orang-orang bukan Islam, mereka boleh melibatkan diri di dalam pasaran ekonomi Islam. Tetapi sekarang pasaran Islam kecil kerana ianya tidak digunakan atau masih belum dapat diperkembangkandengansempurna.
                    Tugas mengembangkan peranan fiqh muamalat dan pengurusan Islam seharusnya dipikul oleh para profesional muda di dalam bidang ini.
Usaha yang sedang dijalankan di Malaysia bagi mempertingkatkan pasaran ekonomi Islam terbahagi kepada dua,iaitu;
a)       Islamisasi  Konvesional Bank.
              Aktiviti ini telah bermula sejauh awal 1990-an. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui kerana bank-bank konvensional merupakan perantara melalui perantaraan bank. Apabila wang dimasukkan ke dalam bank, maka bank akan meminjamkan kepada orang yang ingin meminjam dengan ada cagaran (colleteral)dan sebagainya.
                 Pasaran tersebut telah diislamisasikan dan telah ada kemajuan contohnya pelaksanaan Bai- Bithaman Ajil dan Al- Wadiah. Kemajuan ini adalah sangat menarik dan dapat memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.
                  Malangnya, ada yang berfikir bahawa sistem kewangan Islam hanya menawarkan perkhidmatan tersebut sahaja. Tetapi sebenarnya sistem kewangan Islam mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut lain pasaran iaitu Perbankan Pelaburan (investmentbanking).
                 Proses ini adalah lebih mudah untuk diislamisasikan. Contohnya, di Malaysia telah ada cara untuk menapis ekuiti-ekuiti secara Islam dan bukan Islam yang agak jelas. Tetapi, dari segi isu bon, bank Islam tidak perlu mengeluarkan bon yang merupakan sijil hutang (debt certificate). Bon sebenarnya boleh diubah menjadi satu sekuriti lain yang bukan merupakan hutang berasaskan pelaburan dan ia boleh dibuat secara Musyarakah, Ijarah dan Mudharabah.
              Aspek ini merupakan satu peluang keemasan yang masih belum berkembang. Di Malaysia sekarang hanya terdapat satu Ijarah bon sahaja. Manakala Mudharabah dan Musyarakah masih belum diamalkan. Dari segi potensi, pasaran modal Islam merupakan satu lapangan yang sangat luas yang boleh diperkembangkan. Jika pasaran ekuiti dan hutang Islam digabungkan, maka semua konsep syariah Islam boleh digunakan bukan sahaja Bai- Bithaman Ajil dan Mudharabah. Dengan ini, pasaran baru akan terbentuk dan ia adalah di antara pasaran ekuiti dan pasaran bon. Contohnya Bon Musyarakah atau Bon Mudharabah,ia ada elemen bon dan ekuiti.
                Jadi, risiko profil akan lebih lengkap. Ini merupakan satu perkara yang perlu diterajuiMalaysia.
                  b) Peranan Pasaran Islam di dalam pengurusan makro ekonomi.
                    Pada peringkat awal, usaha telah dijalankan untuk mengislamisasikan bank. Hasilnya, Malaysia tidak dapat lari daripada pengerakan kadar faedah kepada ekonomi walaupun kadar pulang di dalam kontrak Islam boleh ditetapkan (flat rate). Tetapi dari segi ketahanan kepada pusingan pasaran masih dalam keadaan sama.
                       Contohnya, kegawatan ekonomi pada tahun 1997, apabila permintaan dan nilai matawang jatuh, para pengurus makro ekonomi (Bank Negara) terpaksa menaikkan kadar bunga untuk melindungi nilai matawang. Apabila perkara ini berlaku, didapati permintaan menurun, manakala kadar bunga meningkatkan pinjaman baru sukar didapati. Dengan kata lain hasil merosot, kos meningkat dan untuk memperoleh pinjaman baru susah.
                    Sekiranya diamalkan sistem kewangan Islam iaitu melalui pembahagian untung, di dalam suasana kegawatan, permintaan keuntungan dan kos dana sama-sama merosot kerana di dalam tempoh kegawatan, keuntungan menurun menyebabkan pembahagian untung sama ada tiada langsung atau kurang daripada biasa. Sistem kewangan Islam dapat mengelakkan daripada kejutan dala kitaran modal.
                     Ini merupakan satu sumbangan besar dan menjelaskan bagaimana kewangan Islam boleh memainkan satu peranan besar di dalam ekonomi monopoli.
                    Malaysia perlu menerajui pembangunan ini. Didapati bahawa bank Islam, Islamic Investment Bank, Syarikat Pengurusan Aset, Syarikat Broker Saham dan sebagainya telah memainkan peranan penting dalam memperlihatkan pasaran ekuiti Islam dan pasaran bon Islam yang bukan berasaskan pinjaman tetapi berasaskan kontrak-kontrak syarikat Islam.
3. BEBERAPA PERANAN SYARIKAT PENGURUSAN ASET (AMC)
Syarikat Pengurusan Aset (AMC) merupakan satu langkah untuk meningkatkan kecekapan. Di bank, pinjaman diberikan kepada orang yang menawarkan cagaran terbaik tetapi tidak semestinya mempunyai projek yang baik.
                      Melalui Syarikat Pengurusan Aset, undian yang lama akan dibuat bagi menentukan siapakah yang layak diberi pinjaman. Melalui pensekuritian, pengurus dana akan membeli dan menjual sekuriti tersebut, maka satu proses pengundian yang berterusan akan terjadi. Di mana sekiranya sesebuah syarikat lemah, ekonomi gawat dan pengeluaran bon tidak diuruskan dengan baik, harga sekuriti akan jatuh. Kesannya, adalah sukar bagi syarikat tersebut untuk mengeluarkan bon baru semula.
                       Melalui proses ini, wang akan masuk ke dalam syarikat yang baik dan keluar dari syarikat atau ekonomi yang tidak baik dan melalui proses inilah sumber  diperolehi.Keadaan tersebut amat mencabar. Negara Malaysia cuba mengelakkan keadaan ini dengan melaksanakan kawalan modal kerana bimbang kepada proses pengundian.
                       Proses pengundian secara berterusan oleh pengurus dana merupakan satu proses baru yang menjadikan ekonomi berlaku dengan lebih cekap jika dibiarkan tanpa gangguan. Tetapi kecekapannya menimbulkan masalah kepada syarikat-syarikat lama yang sudah mantap yang mungkin tidak efisien. Mereka cuba mengelak perubahan cara lama kepada cara baru. Ini bertujuan mengelakkan isu kerajaan korporat, aliran modal bebas, aliran pelaburan bebas dan sebagainya merupakan satu isu sensitif bagi syarikat besar dan ternama tapi mungkin tidak efisien, pengurusan yang lemah penggunaan tidaksempurna.
                    Masalah ini telah melanda Asia Timur pada tahun 1997, iaitu dengan meletakkan sumber dana ke dalam syarikat besar melalui keputusan kerajaan atau bank danbukanperuntukanpasaran.
                   Kesannya, pinjaman murah telah diberikan kepada syarikat besar tetapi mungkin tiada projek yang baik. Maka timbul ungkapan Kredit Murah Kepada Syarikat Yang Berkenaan (Cheap Credit to Related Company). Terdapat syarikat besar yang hanya memperolehi kadar jualan sebanyak 1.5%. Ini menjelaskan bahawa banyak berlaku pembaziranmodaldidalampenggunaancaralama.
                       Peranan AMC bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga halal. Bagi memastikan pengundian hanya kepada syarikat yang baik pengurusannya, proses undian oleh pengurus dana dilaksanakan setiap hari dengan melihat kepada pasaran yang baik dan seterusnya diberi sokongan. Manakala syarikat yang tidak diuruskan dengan baik tidak akan disokong.                       
                      Keadaan ini menuntut kepada kepakaran, pengurusan aset, mahir mikro ekonomi, makro ekonomi, hal ehwal politik, ciri-ciri perniagaan dan ekonomi. Para pelabur perlu lebih bijak. Kebebasan memilih ini adalah makna baru demokrasi serta cabaran baru di manayangakanmenanghanyayang berhak.

4. PERBANKAN ISLAM DIMALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIFPENGGUNA

Prinsip pengusaha yang utama terbahagi kepada dua. Pertama keutamaan diberi kepada pelanggan. Kedua dikiaskan sebagai kembali kepada yang pertama. Ini bermakna diharapkan kedua-dua prinsip ini menitikberatkan pelanggan.
                  Peredaran masa telah membawa perbankan bergerak daripada perbankan tradisional seterusnya E-perbankan dan yang terkini Perbankan Bergerak (mobilebanking).
                Globalisasi pula menuntut pengetahuan integrasi dalam aktiviti-aktiviti utama yang terdiri kepada empat aktiviti iaitu pembelian, pembuatan, jualan dan perkongsian teknologi maklumat modal (fund information technology). Di dalam era ini sempadan teknologi adalah tidak terhad. Para pengusaha percaya bahawa teknologi boleh  membawa kesan kepada ekonomi dan politik.                       
             Sebagai pengusaha, keperluan terhadap bahan mentah adalah tinggi. Kebanyakan Bank Islam hanya bertemu dengan para pengusaha, namun mereka sepatutnya berusaha untuk lebih mengenali para pembekal.                                                      
             Persaingan di dalam pasaran perbankan adalah sangat tinggi. Para pengguna akan mencari inisiatif yang terbaik bagi menguruskan perniagaan kerana keperluan ke atas kerjasama bank adalah tinggi. Ia bermula dari awal pusingan proses perniagaan iaitu proses pembuatan, kemudian penghantaran sebagai eksport ke luar negara,bank diperlukan untuk urusan logistik.                                                
                 Sebahagian besar para pengusaha memulakan perniagaan dari bawah tanpa mengetahui keperluan ke atas harta dan sebagainya. Kebanyakan bank di Malaysia memberi tumpuan yang lebih kepada para usahawan tetapi tidak kepada aktiviti perniagaan atau   projek yang dilaksanakan.
                     Kesannya, pengusaha perintis sukar memperolehi peluang pinjaman atas alasan tiada kepakaran dalam perniagaan. Maka pengusaha baru ini terpaksa mencari bank lain yang berminat ke atas projek yang dilaksanakan. Bank-bank seperti ini akan melihat potensi perniagaan tersebut dan akan terus memberi pinjaman sehinggalah syarikat tersebut mampu berdikari. Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) mestilah dilaksanakan dengan efisien. Bank Islam haruslah memikirkan cara terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepadaPelanggan   .

5. PENYELARASAN PERLAKSANAAN DI TIMURTENGAH DAN
    MALAYSIA
Mazhab yang muktabar di dalam Islam terdiri dripada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mengikut urutan bilangan pengikut mazhab tersebut. Di Malaysia, pengamalan muamalat adalah mengikut akad-akad yang diharuskan di dalam Mazhab Syafie kerana umat Islam Malaysia merupakan pengikut Mazhab Syafei.                        
                     Islam pada asalnya tidak menghadkan sempadan perniagaan. Di mana perniagaan di Malaysia dan tempat lain adalah sama. Modal yang besar daripada negara Islam adalah di Timur Tengah. Masyarakat Islam di Timur Tengah mengikut Mazhab Hanafi. Di sini berlaku pertentangan pendapat kerana wujud akad yang dihalalkan di dalam Mazhab Syafie dikira tidak halal di dalam Mazhab Hanafi. Contohnya: didalam pembiayaan hutang.                       
                      Bank Islam Malaysia Berhad pernah melalui kerugian besar di dalam pengamalan pembiayaan hutang melalui konsep Musyarakah dan Mudharabah.
                      Percanggahan pendapat lain seperti di dalam penentuan hutang dan harta. di Malaysia, hutang dan aset adalah sama iaitu boleh disekuritikan, tetapi masyarakat Arab tidak bersetuju dengan pendapat ini disebabkan mereka tidak nampak hutang sebagai aset kerana hutang tidak dalam bentuk fizikal. Contohnya penjualan rumah menggunakan Bai Bithamanil Ajil, di mana hak pada penjual ialah hutang dan keadaan ini tidak diterima oleh orang Arab. Tetapi al-Ijarah diterima kerana aset masih ada dan sewa merupakan hak penjual. Contoh lain ialah Bai al-Inah. Imam Syafie berpendapat ianya harus tetapi dengan rukun yang lengkap dan syarat yang ketat. Manakal Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali pula bersepakatianyatidakharus.
             Fenomena yang terjadi di Malaysia ialah orang ramai berkehendak kepada wang dan aset. Tetapi Islam dasarnya menetapkan dengan penjualan harta barulah memperolehi wang. Maka fenomena di Malaysia berjaya diselesaikan dengan pengamalan akad Bai Baitman ajil
               Wujud perbezaan pendapat disebabkan perbezaan mazhab menyebabkan akad-akad yang dilaksanakan di Malaysia sukar diselaraskan dengan negara Timur Tengah. Walaubagaimanapun untuk memasuki pasaran Timur Tengah, Malaysia perlu mengggunakan akad yang dipersetujui bersama sahaja seperti bon berdasarkan   Mudharabah, Musyarakah dan Ijarah sahaja.
                 Percanggahan pendapat di dalam Islam dikalangan individu atau golongan ke atas perkara-perkara cabang dibenarkan didalam Islam.

 6.CARA MENGATASI SALAH FAHAM TERHADAP  SISTEM PERBANKAN
       ISLAM
Di Malaysia wujud beberapa salah faham terhadap sistem perbankan Islam contohnya isu pembiayaan mahal, tetapi pada tahun 1997 dan1998 isu mahal ini hilang kerana bank konvensional mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
                 Setelah diteliti, masalah salah faham ini terjadi kerana kurangnya publisiti terhadap sektor perbankan Islam dan tiada Islamisasi ilmu. Di mana Bank Islam hanya menyenaraikan produk yang ditawarkan tetapi tidak dihebahkan kepadamasyarakat.
                 Contohnya tentang kewujudan insuran Takaful, masih ramai para pengusaha yang tidak menyedari tentang insuran Islam ini dan kepentingan yang dibawanya. Ini kerana pada awalnya, syarikat ini mengharapkan masyarakat tampil sendiri untuk mendapatkan perkhidmatan. Banyak seminar dilakukan dengan mengundang para penceramah yang berwibawa, tetapi tidak ramaiyanghadir.
                  Para professional sistem ini juga tidak begitu menonjol di Malaysia, contohnya Sheik Mizaan Yaquti seorang penasihat syariah di dalam Dow Jones. Selain itu Dr. Daud Bakar yang terkenal di United Kingdom di London dan USA serta terlibat di dalam majlis syariah Bank Negara. Hajah Rohani, seorang yang dikenali dan pernah dijemput oleh BBC. NamundiMalaysiamerekatidakdiketengahkan.
                      Bagi mengetengahkan sistem perbankan Islam dan memulihkan salah faham di dalam sistem ini, kemahiran bahasa Inggeris yang baik amat diperlukan agar pengetahuan yang berkaitan mudah disebarkan kepada masyarakat. Langkah lain untuk meluaskan sistem perbankanIslamialahmelaluiIslamisasiilmu.
                      Banyak program boleh dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat berkaitan sistem perbankan Islam contohnya melalui publisiti, pelaksanaan, seminar,bengkel dan sebagainya.                       

7. ISU BERBANGKIT DALAM PERLAKSANAAN SISTEM PERBANKAN DI 
     MALAYSIA
               1. Ustaz Mohd. Bakir menyatakan bahawa Bank Islam Malaysia Berhad menghadapi kerugian besar dalam pelaksanaan Mudharabah dan Musyarakah kerana pelanggan melarikan diri. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana pelaksanaan Mudharabah dan Musyarakah adalah berdasarkan kepercayaan di antara pelabur dan peniaga. Pada zaman awal Islam, konsep ini banyak diamalkan contohnya oleh para saudagar Arab, Gujerat, Syam dan Yaman. Tetapi kini, masalah terjadi kerana tiada kejujuran di dalam perniagaan dikalangan umat Islam.
                2. Komen daripada Dr. Ghazali Atan bahawa orang Islam hari ini telah lupa aspek besar untuk hidup sebagai umat Islam. Daripada aspek ibadah adalah baik, tidak dipertikaikan. Tetapi di dalam bermuamalah tiada kejujuran. Ini terjadi berkemungkinan daripada kelemahan dalam pendidikan dan dakwah kerana sifat amanah merupakan satu perkara pokok yang membawa kepentingan kepada kewibawaan ummah. Untuk menjadi amanah, seseorang perlu kuat di dalam tauhid. Malangnya bukan sahaja di Malaysia bahkan umat Islam seluruhnya, kuat beribadah tetapi lemah pada muamalah dan tauhid atau dengan katalainmuslim sebahagian.
                3. En. Ir. Hashim Hussain berpendapat sebagai seorang peniaga, beliau memerhatikan kos kadar pulangan BIMB kadangkala rendah dan kadangkala tinggi. Situasi ini perlu diambil kira semula. BIMB harus mengambil tindakan yang bijaksana di dalam menjalankan perniagaan kerana para pengguna semakin bijak
                 4. En. Zakariya Othman Al-Haj memberi pandangan bahawa untuk meningkatkan atau memperluaskan sistem perbankan Islam, sistem ini memerlukan publisiti yang menyeluruh melalui persidangan atau seminar. Selain itu kepada masyarakat bukan Islam, penerangan yang berhikmah adalah penting supaya maklumat tentang sistem perbankan Islam dapat disampaikan dengan cara mudah dan jelas.

8. PERKEMBANGAN GLOBAL INDUSTRI KEWANGAN ISLAM
Untuk mencapai perkembangan yang lebih kukuh dan komprehensif di dalam industri perbankan Islam, peningkatan kerjasama yang erat dan komitmen antara negara-negara Islam adalah diperlukan. Disamping itu juga, sumbangan dan penyertaan oleh negara-negara Islam diperlukan untuk menghubungkan jurang antara negara-negara Islam di dalam perkembangan industri perbankan Islam dalam negara mereka. Keseragaman pasaran dan kehematan perbankan dan kewangan Islam boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan perbankan dan kewangan Islam satu pasaran yang telus.
          Malaysia pada hari ini, menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, Malaysia mempunyai struktur sistem Perbankan dan kewangan Islam yang tersusun. Malaysia juga telah merumuskan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang sesuai dalam menghasilkan struktur kewangan Islam yang telah ditetapkan agar ianya lebih kukuh dan lebih konfrehensif.

9. BEBERAPA ISU BERKAITAN SISTEM PERBANKAN ISLAM
                1. Sistem Perbankan Islam yang dijalankan oleh Bank Konvensional tidak memperuntukkan SRR (Statutory Reserve Requirements) di Bank Negara Malaysia (BNM). Keadaan ini memberi keburukan kepada Bank Islam kerana jumlah dana yang digunakan adalah terhad. Apabila bank konvensional menawarkan produk perbankan Islam, SRR ditampung oleh bank konvensional itu sendiri.
    Dalam masalah ini, BNM belum membuat perbezaan SRR antara Sistem Perbankan Islam dan Bank Konvensional. Kewajaran kepada perbezaan SRR untuk kedua-dua sistem ini belum dapat dipastikan kerana jika SRR dilaksanakan untuk sistem perbankan Islam sahaja, ianya masih diperingkat kajian kerana ia perlu mengkaji fakfor-faktor kepada sistem perbankan Islam dan mengambil kira keburukan kepada BNM. Contohnya, setiap RM 1 di dalam Bank Islam, memberi nilai 4 sen di BNM.
                 2. Sistem Perbankan Islam telah menawarkan pelbagai produk-produk perbankan Islam di pasaran. Tetapi, sesetengah produk yang ditawarkan tidak diterangkan secara teliti dan terperinci oleh pihak bank. Ini menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang tidak memahami secara keseluruhan.                       
            Sebagaimana yang telah difahami, setiap produk perbankan Islam mendapat kelulusan BNM. Setakat ini, BNM telah menubuhkan dua jawatankuasa perunding yang khusus kepada peserta-peserta industri. Dua jawatankuasa tersebut adalah, Jawatankuasa Pembangunan Pasaran (Committee of Market Development) dan Jawatankuasa Penyelidikan Pasaran (Committee of Market Research). Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menyelaraskan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan produk sistem perbankan Islam. Pihak BNM memang menyedari terdapat kekeliruan tentang istilah perbankan Islam. Istilah perbankan Islam telah diseragamkan untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya juga dapat diatasi di mana bank-bank sistem perbankan Islam itu sendiri mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah. Manakala, BNM bertindak sebagai pemantau dari masa ke semasa.
                  3. Berhubung dengan syariah, terdapat perselisihan pendapat dalam konsep perbankan Islam. Isu yang dipertikaikan di sini ialah tindakan yang diambil oleh oleh BNM untuk menghilangkan khilaf.                  .
                 Merujuk isu khilaf di atas, memang terdapat Jawatankuasa Syariah di BNM. Tugas Jawatankuasa Syariah ini adalah untuk menggariskan isu-isu yang berlawanan, isu-isu yang berkaitan dengan syariah dan juga isu-isu bukan syariah berhubung dengan istilah sistem perbankan Islam. BNM sendiri tidak pasti sama ada isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu syariah atau isu operasi, tetapi ianya dikaitkan dengan syariah.

10. May Bank
 Kini dengan May Bank, segala urusan kewangan Kita lebih mudah, dengan adanya tawaran senarai produk perbankan yang luas bagi memenuhi kepertluan Kita sepenuhnya, Kita boleh juga menikmati kemudahan dengan selesa dan efesien setiap kali berurusan dengan May Bank.

                May Bank  telah menawarkan produknya untuk kemudahan Kita antara lain 
            iaitu :
                1.Terminal Layan diri.
Untuk Kemudagan Kita, Terminala layan diri ( Self Service Terminal-SST ) menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pengeluaran  seperti pengeluaran dan deposit tunai, deposit cek serta pelbagai urusan, menerusi terminal maybank2u.com.
                         Terminal Layan Diri terdiri atas :
                                   a. ATM
                                     Pengeluaran Wang Tunai, Pindahan Wang< Pertanyaan Maklumat      
                             Baki Akaun, Permohonan Saham Secara Elektronik (ESA),
                             Pembelian Kod caj semula telepon mudah alih prabayar, Pembayaran Tiket Penerbangan Malaysia Airlines secara Elektronik ( MASET), Permohonan Perkhidmatan May Bank2u. com., Pembayaran Bil Kad Kredit, Pinjaman, Utiliti dan premium insurans, Penambahan nombor Pengenalan Pereibadi (PIN), Penukaran Had Pengeluaran, Penukaran Had Pindahan.
                                       
                              b. Mesin Deposit Cek.
                               Deposit Cek untuk : Akaun Peribadi ? Syarikat, bagi pihak ketiga, bayaran kad kredit, akun pinjaman perumahan / pinjaman berjangka.

                                        c. Mesin Deoisit Tunai.
                                        Deposit Tunai untuk akaun individu / Syarikat, bagi pihak ketiga, maklumat baki akaun, pembayaran bil bayarankad kredit dan pinjaman, pembayaran pinjaman sewa beli.

                                        d. Mesin Kemas Kini Buku Akaun.
                                        Kemas Kini Buku Akaun Simpanan.
                                       e.May Bank2u . Com.
 Perbankan dalam talian,Pembayaran Bil dalam talian, Saham
                               dalam Talian, Insuran dalam Talia,Beli belah dalam talian,
                               Pinjaman dalam talia,Pendidikan Dalam talia, Pelaburan.
                               
 2. Perkhidmatan Pelanggan.
            Kaki Tangan  Penyelesaian Pelanggan Kami sentiasa bersedia, untuk membantu, baik dalam urusan perbankan mahupun menjawab segala pertanyaan.

3. Jualan dan Nase.May bank juga dapat menyelesaikan kewangan khas pelanggan dan alami pengalaman membeli belah serba baru< penasehan Jualan May Bank sangat dinamik sentiasa bersedia berkhidmat di dalam persekitan yang peribadi dan kondusif.
·         Pembukaan Akaun ( Simpanan / Semasa / Deposit Tetap )
·         Pinjaman Perumahan ( Konvension dan Islam )
·         Pinjaman ASN / ASB. Pembiayaan Syer Marginal, Pinjaman Pendidikan.
·         Saham Amanah, Deposit Tetap, Akaun Semasa< Akau Simpanan.
·         Insurans (  Dana Pendidikan Kanak-kanan< Pelan Insuran Wanita, Pelan Endowmen< Pelan Seumur Hidup, Pelan Berjangka)
·         Kad Kredit
             4.Urusan Kaunter.. Dalam May Bank mengenal pasti bahawa sesetengah urusanmengambil masa yang lama berbanding yang lain dan urusan ini .diberikan perhatian khas, bagi memudahkan Kita.Deposit, Pengiriman Wang, ASN / ASB, Deposit Tetap, Bilik ..Penghantan Pukal ( Tunai / Cek ).
                                Masa Perkhidmatan   SST .6.00 Pagi – 12 malam setiap hari
                                Masa Pejabat                    9.00 pagi  _ 5.30 petang ( Hari Bekerja )
                                                                                     9.00 pagi – 1.00 petang ( Sabtu / khamis*)
                                                                                      ( Kecuali pada hari Bank bercuti )
                                Masa Perbankan              9.30 pagi – 4.00 petang ( Hari bekerja ) 
                                                                 9.30 Pagi _ 11.30 Pagi ( sabtu / Khamis )
                                                                                       ( Kecuali pada hari Bank bercuti.

10. PENUTUP.
Dengan adanya system kewangan Islam yang baik dan sedikit maklumat  produk dan perkhidmatandan produk dari May Bank,  diharapkan dapat meningkatkan perekonomian masyarakat Islam sehingga dapat dinikmati dan dirasakan aturan, cara dan faedah daripada system tersebut.


TUGAS V. PENGURUSAN ISLAM
1. PendahuluanIslam diturunkan Allah untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Ini untuk mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. 
Penumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat awal bagi melahirkan insan berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat supaya berfungsi dengan baik.  Pendekatan Islam bukan hanya dengan mencari penyelesaian kepada akibat daripada suatu permasalahan. Malah, Allah dari awal lagi mengarahkan manusia supaya dididik dan disusun untuk kecemerlangan dengan berasaskan prinsip yang menepati fitrah kemanusiaan. 
Proses penyusunan baik mengikut Islam memerlukan kepada suatu sistem pengurusan diri, keluarga, organisasi dan negara yang mantap demi membawa kepada wujudnya sebuah tamadun mulia serta progresif.
Di peringkat pengurusan organisasi, Islam menganjurkan kepada metodologi pendekatan sesuai dan praktikal. 
Islam tidak mengesyorkan semoga bentuk, mekanisme dan kegiatan pengurusan organisasi yang sedang beroperasi secara cemerlang oleh masyarakat bukan Islam dihapuskan, melainkan kegiatan itu jelas bertentangan dengan falsafah Islam.  Islam hanya mengutarakan garis panduan dan mengambil kira suasana serta budaya persekitaran. Justeru, proses perubahan ke arah mencapai kejayaan hendaklah melalui penerapan nilai tauhid kepada falsafah dan roh sistem sedia ada yang terbukti berfungsi.  Dalam proses pengurusan, pekerja yang menganggotai sesebuah organisasi hendaklah diberi keutamaan. Manusia pada fitrahnya memiliki sifat makhluk individu dan sosial. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam ke semua usaha, memahami hakikat ini sangat perlu.
Sifat makhluk individu menonjolkan bahawa setiap orang ingin menjaga kepentingan dan kecapaian diri. Di samping itu, sebagai makhluk sosial manusia saling memerlukan dalam mengatur tugas dalam organisasi. Islam mengemukakan pendekatan usaha dan tindakan yang mengharmonikan kepentingan individu serta bermuafakat melaksana tugas dalam organisasi. Ini penting demi mencapai matlamat organisasi.

2. Pembentukan Pandangan Hidup dan Menghayati Pendidikan Akhlak.
Untuk menjayakan keharmonian ini di peringkat individu, Islam mengutamakan kepada pembentukan pandangan hidup dan menghayati pendidikan akhlak. Ini semoga sahsiah seseorang dapat dibentuk dengan memiliki sikap positif serta progresif dan mengamal perilaku mulia. Usaha ini perlu kepada pendidikan yang dapat meningkat kefahaman dan berusaha menjalani latihan kerohanian semoga tindak tanduk yang negatif dapat dikurangkan. Akhlak dan peri laku seseorang sepatutnya mengarah kepada tanggungjawab dan prestasi kerja. 
Memahami suasana semasa juga keperluan penting. Justeru, menguasai ilmu sosiologi, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya adalah sesuatu yang penting.
Islam turut memberi tumpuan kepada peningkatan daya kemahiran dan kepakaran individu pekerja dalam sesebuah organisasi. Organisasi dengan itu mesti menganggap pekerja sebagai sumber terpenting dan sanggup melabur kepada peningkatan kepakaran mereka.  Individu yang hendak dibangun mesti memiliki ciri tertentu. Ini seperti sikap positif dan progresif, akhlak murni, memahami realiti dan budaya masyarakat serta daya kepakaran tinggi di peringkat tahap pekerjaan masing-masing. 
Tanpa ciri ini, kejayaan sesebuah organisasi akan berada pada tahap rendah. Bahkan, hanya memiliki di antara ciri ini tidak mungkin membawa kepada kejayaan membanggakan.
Sifat mementing diri adalah daya penggerak yang dapat memberi sumbangan positif kepada kemajuan sesebuah organisasi. Ini jika sifat itu dapat dididik dan diletak pada tempatnya. Tanpa sifat ini tidak mungkin manusia akan berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan diri. Bahkan sifat itu pada fitrah wujud dalam diri manusia.  Justeru, bagi Islam daya usaha dan kreativiti seseorang akan dapat dijayakan jika sistem organisasi memberi ruang secukupnya kepada kebebasan usaha individu. 
Islam hanya memberi panduan melalui tanggungjawab keagamaan yang perlu dilaksanakan demi pencapaian matlamat organisasi. Di samping itu, Islam memberi penekanan kepada pendidikan dan latihan spiritual semoga sifat mementing diri dapat diletak pada tempat sebenar.  Dengan pendekatan ini Islam berkeyakinan bahawa, sikap serta peri laku individu akan berbentuk positif dan optimis.
            Hasil keyakinan kepada peranan individu dalam sistem penyusunan organisasi Islam, dapat memberi keutamaan kepada pembangunan sumber manusia secara menyeluruh. Ini dapat meningkatkan daya kemahiran dan kepakaran dengan disertai nilai akhlak mulia.  Dalam sistem penyusunan organisasi, ruang untuk individu berusaha serta membuat keputusan perlu diperluaskan. Struktur membuat keputusan organisasi dengan itu akan diagihkan ke bahagian dan unit tertentu mengikut keperluan dan bidang tugas relevan.
Semangat tolong menolong dan budaya bekerja berpasukan perlu diwujudkan. Ini dapat melaksanakan semangat syura atau perbincangan dalam menangani sesuatu tugas. Ia juga dapat mengurang kerenah pekerja dalam menjalani tugas organisasi. 
Kecemerlangan dalam menghasilkan produktiviti dan kualiti tugas adalah natijah daripada memiliki pandangan hidup itu, yang dapat diterjemahkan dalam prinsip pengurusan dan penyusunan organisasi.
Hasil menerajui pengurusan mengikut perspektif di atas semangat keadilan akan dapat diterapkan dalam pengurusan organisasi. Pelaksanaan roh keadilan dalam pengurusan akan mengukuhkan suasana dan budaya muafakat dalam segala bentuk urusan tugas dan tanggungjawab. Bahkan kemuncak wujudnya prinsip keadilan akan menghasil kejayaan cemerlang dalam bentuk produktiviti dan     kualiti kerja pekerja.
 
3. Falsafah dan Pendekatan Dalam Sistem Pengurusan Islam
Pada dasarnya, falsafah dan pendekatan dalam sistem pengurusan Islam, baik secara langsung atau tidak langsung, bergantung kepada konsep Tauhid (Rububiyah dan Uluhiyyah) - konsep keadilan yang luas dan konsep ukhuwah.  Berasaskan kepada konsep Tauhid inilah konsep dan pendekatan pengurusan Islam dibangunkan. Konsep pengurusan Islam berasaskan prinsip Tauhid, antara lainnya, bermaksud: Menunaikan amanah Allah kepada manusia, sebagai hamba dan khalifahNya di bumi ini, untuk melakukan amal salih di atas prinsip kerja sama dan perbincangan (syura). Tujuan pengurusan ini ialah pembinaan sebuah tamadun yang berasaskan nilai etika tauhid. Untuk tujuan ini, pengurusan mestilah membasmi gejala rasuah, salah laku, keburukan, kezaliman dan seterusnya mewujudkan keadilan di dalam dan kepada sesebuah organisasi dan juga di dalam dan kepada masyarakat seluruhnya. Matlamat terunggul dari pengurusan ini adalah untuk mencapai al-falah, kejayaan yang hakiki.
    Konsep pengurusan Islam ini juga antara lainnya mengaitkan tiga perkara asas – sebagai manifestasi kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini: Perhubungan manusia dengan Allah SWT (HablumminAllah); perhubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas); dan, perhubungan manusia dengan kesemua kejadian alam, makhluk dan persekitaran milik Allah SWT. 

4. Unsur Utama Dalam Mencapai Matlamat
       Bagi mencapai matlamat yang digariskan dalam konsep pengurusan Islam itu, pada umumnya, sistem pengurusan Islam itu mestilah mempunyai unsur-unsur utama yang berikut: Pertama, sidik dan amanah; kedua ; tabligh dan fatanah;  ketiga, daya intelek; dan keempat, kecekapan.
1.Sifat Sidik dan Amanah .. Allah SWT telah menganugerah, dan manusia telah menerima, satu amanah berat yang tidak sanggup dipikul oleh langit bumi dan bukit bukau seluruhnya (Al-Ahzab; 33:72). Setelah menyatakan kesanggupan memikul amanah ini, maka manusia tiada pilihan lain melainkan menunaikannya sebaik mungkin dengan berusaha menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kerosakan, serta beriman kepada Allah SWT. Selain dari menunaikan amanah di dalam konteks hubungannya dengan Allah SWT, manusia juga perlu menunaikan amanah dalam konteks hubungan sesamanya di dalam organisasi (baik syarikat atau masyarakat). Setiap peringkat dalam pengurusan perniagaan itu, selain dari bermatlamatkan keuntungan kewangan yang segera, mestilah menjunjung amanah ini.
           Pengabaian terhadap tanggungjawab melaksanakan amanah ini adalah satu kesalahan besar di sisi Islam sehingga Rasulullah menyamakannya dengan ketiadaan iman. Sabdanya yang bermaksud:Tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak ada
                 amanah padanya.” (Ibn Hibban).
          Kejujuran dan amanah adalah amat penting dalam pengurusan aset dan liabiliti. Ketelusan yang diamalkan dan ditunjukkan akan memastikan kejayaan pengurusan.
2. Sifat Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana).     
   Kedua-dua sifat ini adalah penting dalam pengurusan aset dan liabiliti. Ia membayangkan ketelusan pengarah kepada pemegang-pemegang saham.  Menyampaikan (tabligh) sesuatu melalui perbuatan (termasuk penulisan dan percakapan) kepada yang sepatutnya (hak) dengan jelas dan terbuka tanpa berselindung merupakan prinsip “corporate governance”. Sistem pengauditan perakaunan yang dijalankan kini adalah sebahagian dari proses menyampaikan dengan sebenarnya kedudukan syarikat. Oleh yang demikian, adalah penting bahagian perakaunan sesebuah syarikat itu mengamalkan tabligh sebaik mungkin.
           Bertindak dengan penuh hemah dan rasional dengan menggunakan segala sumber yang ada ke arah pencapaian matlamat dan hasil yang berkualiti merupakan kebijaksanaan yang dituntut oleh agama. Pengarah (terutamanya, Pengarah Kewangan) perlu mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan ketelusan yang dapat menjamin keberkesanan pengurusan aset dan liabiliti syarikat. Lebih penting, kebijaksanaan tersebut perlu dijadikan amalan berterusan sehingga ia menyerlahkan dalam diri serta organisasi segala aspek dan ciri sidik, amanah, tabligh, dan fatanah.Daya Intelek.
                3. Daya Intelek.Daya intelek merupakan satu anugerah Allah SWT, yang semestinya disusuli dengan tanggungjawab yang seimbang dengannya. Manusia perlu menjaga dan membajai potensi sebaik mungkin melalui pembelajaran dan penakulan yang berterusan, bukan sekadar bagi diri sendiri tetapi untuk masyarakat dan alam seluruhnya. Galakan supaya menuntut ilmu dan menggunakan daya fikiran bagi mengambil iktibar ini adalah sesuatu yang sangat ditekankan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kami turunkan kepada engkau al-Zikr (al-Quran) supaya engkau dapat menjelaskan kepada manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.” (An-Nahl, 16:44).
                  “…maka ambil iktibarlah hai orang-orang yang mempunyai
                         pandangan.” (Al-Hashr, 59:2).
              Kewujudan kualiti ini seterusnya membolehkan ia memenuhi amanahnya dengan baik dan cemerlang dan seterusnya mencapai al-falah, kejayaan hakiki di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia, ia perlukan ilmu; sesiapa yang menghendaki kejayaan di akhirat, ia perlukan ilmu; sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia dan akhirat, ia perlukan ilmu.” (Muslim dan Bukhari).
         Dikaitkan dengan pengurusan aset dan liabiliti, seseorang itu semestinya perlukan ilmu tentang pasaran (serta sensitivitinya) untuk berjual beli dan mengurus – bagi pihak syarikatnya.
4.Kecekapan.. Ilmu yang dinyatakan tadi sudah tentu memerlukan kecekapan (competence) yang dapat mengoptimumkan penggunaan aset dan meminimumkan tanggungan liabiliti. Kecekapan akan hanya terhasil melalui latihan dan disiplin yang berpanjangan, yang seterusnya dapat menghasilkan sesuatu kerja dengan memuaskan. Ketekunan dan disiplin yang berpanjangan dalam menjalankan sesuatu tugas dan tanggungjawab merupakan satu gesaan Allah SWT. Islam tidak menyukai kerja-kerja yang dilaksanakan separuh jalan atau tidak konsisten. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik amalan (pekerjaan) itu ialah yang konsisten  sekalipun sedikit." (Ibn Taymiyyah).

5. Kesungguhan, Ketekunan dan Lomitmen yang Tinggi.
          Di samping konsistensi sesuatu kerja, pengurusan juga perlu kepada kesungguhan, ketekunan dan komitmen yang tinggi. Dinyatakan bahawa Allah SWT amat menyukai seseorang yang membuat sesuatu kerja dengan tekun dan cuba memperolehi hasil yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
            “Allah SWT mengasihi hambaNya yang apabila ia bekerja, ia
               akan bekerja dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.”  (Al-Bayhaqi).
           “Apabila seseorang melakukan kerja Allah SWT
              menghendaki ia menjadikannya menarik dan sempurna."” (Muslim).
              Sebagai pemegang amanah dalam mengurus aset dann liabiliti syarikat, seseorang pengurus itu semestinya menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah. Sabda Rasulullah yang bermaksud:   “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akanditanya kepemimpinannya.” (Muslim).
                 Dalam aspek ini, konsep bekerja dan juga mengurus dalam Islam ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT dan bukannya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Memandangkan pengurusan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan, Islam menghubungkannya dengan iman dan meningkatkannya ke taraf fardu (wajib).

6. Pelaksanaan dan Amalan dalam Pengurusan Islam.
Kejayaan dan pembangunan aset perniagaan ditentukan oleh pelbagai faktor. Sebahagian dari faktor-faktor tersebut boleh dikawal, sementara sebahagian lagi adalah di luar kawalan. Termasuk faktor-faktor yang boleh dikawal adalah sifat-sifat usahawan atau pengusaha itu sendiri, yang di antaranya adalah berikut:
1.        Budaya merancang;
2.        Beramal dan beriman; dan,
3.        Adil dan jujur.
Keterangan :
             1 Budaya Merancang.. Usahawan dan pengurus Muslim juga perlu mempunyai tujuan dan perancangan memandangkan perancangan merupakan pokok kepada sistem pengurusan.  Idea, fikiran dan daya intelek yang dianugerahkan oleh Allah SWT boleh menentukan tujuan dan perancangan bagi pengurusan aset dan seterusnya kemajuan syarikat.
2.Beramal dan Beriman.Sama penting dengan budaya merancang adalah sifat beramal dan beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia  adalah apa yang tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan” (Ibn Najjar dan Ad-Daylami
3.Adil dan Jujur.  Adil dan jujur merupakan satu lagi sifat yang sama penting dengan amalan budaya merancang, serta sifat beramal dan beriman.
      Dengan menganggap aktiviti ekonomi yang dijalankannya satu ibadah seseorang ahli perniagaan atau usahawan akan sentiasa bersikap adil, jujur dan beretika dengan etika yang sesuai dengan konsep ibadah dalam Islam. Ia tentu tidak akan menipu dalam perniagaannya atau perusahaannya seperti mana ia tidak menipu dalam ibadah sembahyangnya atau puasanya.
               Sifat jujur juga telah terbukti menjadi satu prasyarat penting bagi kejayaan dalam pengurusan aset. Mengikut sejarah, satu dari strategi Rasulullah SAW untuk memecahkan monopoli Yahudi dalam ekonomi dan perniagaan di Madinah ialah dengan membuka sebuah pasar bagi saudagar-saudagar Muslim. Sifat berdisiplin dan jujur yang ditunjukkan oleh para peniaga Muslim di pasar Madinah akhirnya telah berjaya melemahkan monopoli ekonomi peniaga Yahudi di pasar di Qaynuqa’ yang penuh dengan riba dan penipuan. Malah boleh dikatakan sifat jujur dan amanah para saudagar Islam merupakan antara faktor utama tersebarnya Islam ke seluruh pelusuk alam.

7. Pengurusan Islam dala Liabiliti / Hutang
Sama penting dengan pengurusan aset adalah pengurusan liabiliti. Pengurusan yang bijak dapat memastikan bahawa tanggungan itu adalah  ‘manageable’.
             Salah satu liabiliti utama, yang perlu penanganan segera, adalah hutang. Sering kita melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tanda orang-orang munafik adalah tiga: Apabila bercakap, dia dusta; apabila berjanji, dia mungkir janji; dan, apabila diamanahkan, dia khianat.” (Muslim dan Bukhari).
           Tegasnya, orang yang dusta, mungkir janji dan pecah amanah adalah tergolong dalam kumpulan orang yang dikutuk oleh Allah dan boleh menjejaskan kemajuan sesuatu masyarakat dan negara. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia telah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah:
“Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” (Muslim).
Allah S.W.T. berfirman :“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” (Surah Al-Maidah; 5:1)

        Mematuhi perjanjian, sangat penting dan wajib di dalam Islam, tetapi banyak berlaku mungkir janji dan pecah amanah, di mana apa yang tersebut di dalam perjanjian tidak dilaksanakan.oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya”. (Muslim).

        Dalam mengurus tanggunggan syarikat, prinsip-prinsip ini perlu diamalkan kerana kegagalan membayar hutang itu boleh membawa padah bukan sahaja kepada sipemiutang tetapi juga kepada siberhutang.
         Kegagalan untuk mengurus tanggungan dengan bijak boleh membawa kepada penggulungan syarikat dan juga kebankrapan. Para kreditor juga kehilangan kepercayaan terhadap sesuatu syarikat yang boleh menjejas ‘credit-worthiness’ syarikat atau individu tersebut. Ini boleh menimbulkan masalah dalam menjalankan operasi perniagaan.
            Persepsi umum terdahap usahawan Melayu adalah bahawa usahawan Melayu, kalau berhutang, tidak suka membayar balik hutangnya. Rata-rata persepsi ini juga menyebabkan usahawan yang tulen mengahadapi masalah dalam mendapatkan pinjaman daripada bank.       
                  
8.Kebaikan yang Berterusan ke arah Kecemerlangan (excellence).         
 Kesilapan usahawan yang terpisah dari sifat-sifat di atas telah menyebabkan keseluruhan bangsanya menghadapi kerumitan mencapai ‘continous improvement’ atau pembaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan (excellence). Lantaran itu, adalah penting semua pihak memberi semua bentuk sokongan untuk mencapainya – yakni pembaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan. Usaha tersebut semestinya dilaksanakan dalam konteks sasaran yang bergerak (moving target) – terutamanya, dalam sektor-sektor yang mana bangsa Melayu itu memiliki kelebihan (advantage)  baik kelebihan strategik atau kelebihan intrinsik.
           Kita telahpun menggariskan nilai-nilai yang diperlukan dalam usaha kita memupuk ‘continous improvement’ untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan kejayaan. Namun demikian, usaha tersebut memerlukan satu  mekanisme yang tidak hanya memantau tetapi juga mendidik supaya nilai-nilai positif dalam pengurusan kejayaan akhirnya menjadi satu budaya dalam diri Melayu itu.

9. Penutup.  Sebagai penutup tirai, saya berharap bahawa muzakarah kita pada hari yang mulia ini akan menghasilkan, Insya Allah, ‘Homo Islamicus’ Melayu yang maju, kukuh jatidirinya, berilmu, serta beramal – sehingga mampu ia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Apa yang diwawaskan adalah seorang Melayu yang total keIslamannya – sehingga amalan hidup sehariannya merupakan ibadah.  Apa yang menggusarkan adalah terhasil, sebaliknya, satu lapisan ‘Homo Economicus” Melayu yang mengejar kebendaan semata-mata dan rela menghalalkan cara demi merealisasikan tuntutan nafsu mereka. Gejala inilah yang kelak menimbulkan perihal pecah amanah dan rasuah di kalangan segelintir kecil di dalam masyarakat Melayu. Jika tidak dibendung segera, ia akan membiak kepada satu budaya yang akhirnya akan meruntuhkan bangsa dan ummah.


TUGAS VI. AKHLAK DAN ETIKA KEUSAHAWANAN ISLAM

1.Pendahuluan. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna (ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan.Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang.
`Dan tidak kami utuskan kamu( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam'
Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan `Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukum-hukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti.

 2.Nilai dan Etika.Ini menjelaskan bahawa perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sese uab syarikat dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya bukan sahaja baik dari sudut strategi untuk meningkatkan jualan tetapi ianya juga baik dalam ertikata yang sebenarnya. Hanya apabila seseorang pekerja itu mempunyai nilai peribadi yang selari dengan nilai organisasi atau syarikat yang dia bekerja, komitmen serta penglibatannya akan bertambah. Aspek yang perlu diberi penekanan,
-          Kerjasama dan perundingan sebagai satu pasukan.
-          alam sekitar
-          hubungan pihak pengurusan dan pekerja, pengguna dan sebagainya.
-          Kualiti barangan yang tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Berdasarkan pandangan barat organisasi atau syarikat itu akan berjaya apabila perkara-perkara ini digabungkan iaitu, apabila strategi, nilai dan etika digabungkan dengan satu tujuan yang unggul yang melewati batas kepuasan kumpulan-kumpulan tertentu.

                A. Bagaimana dengan Keuntungan ?
Sesebuah syarikat tidak akan hidup dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengenepikan aspek-aspek lain dari sudut jangka panjang. Dia dapat `Survivie' dari sudut jangka pendek. Tetapi apabila masyarakat dapat menilai kesan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan serta perkhidmatan pengguna atau pembeli yang disediakan maka syarikat tersebut akan menerima kesan yang buruk.
Akhirnya jualan dan keuntungannya akan mulai menurun kerana tidak kompetitif dari sudut kualiti dan perkhidmatan (bagaimana kita melayani pembeli, mengakui kesilapan, senyuman menghadapi pembeli yang rumit dan lainnya.

B. Memenuhi Tanggung Jawab Agama
Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama.
A. Ini Sesuai Dengan Tujuan Syari'at Diturunkan.
Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah (keperluan asas) manusia
yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:
1. Agama.2. Nyawa.3. Akal.4. Keturunan.5. Harta
·         Masa'lih - segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima atau daripada perkara ini.
·         Mafa'sid - segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini.
Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.
1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.
2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang. Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.
3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:
                  Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat
                   dilaksanakan tanpanya.
Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut: Keperluan diri secara sederhana
·         Keperluan keluarga
·         Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
·         Keperluan anak-anak akan datang
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan dan lain-lain..
C. Harta Sebagai alat Bukan Matlamat.Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:
                         `tidakku jadikan jin dan manusia melainkan
                          untuk menyembah aku'(az-zariat, ayat 56)
Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.
3..  Etika Perniagaan. Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud `Code Of Human Conduct' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan
A. Sumber Etika Perniagaan.  Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Sabda Rasullulah "Aku tinggalkan kerana 2 perkara sekiranya kamu pegang kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Selain daripada itu ia juga dibincangkan oleh ulama'-ulama' dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-mu'amalat.
Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami maqa'sid al-shari'ah atau tujuan shariah untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita (apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana dan mengapa).
Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah. Kita perlu menjawab soalan-soalan ini dengan berpandukan etika perniagaan Islam:
1. Bolehkah perkhidmatan atau barangan ini dikeluarkan? Kalau tidak boleh kenapa?
2. Kalau boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari sudut halal atau haramnya, dan dari sudut kualiti agar ia tidak merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna.
3. Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut bertentangan dengan etika Islam?
4. Adakah upah yang diberikan kepada pekerja kita berpatutan dengan kerja yang dibuat? Bagaimana dengan suasana pekrjaan, adakah sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti?
5. Adakah kerja memproses barangan dan perkhidmatan memberi kesan negatif kepada alam sekitar?
Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau menyediakan
perkhidmatan tersebut sesuai dengan prinsip Islam?

B. ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 'PRINSIP
Ada bebera etika Perniagaan yang merupakan Prinsip dalam Islam iaitu ;
    1.Tidak memudaratkan atau No Injury Principle.
Dalam menggariskan etika perniagaan, Islam menjadikan 'Prinsip Tidak Memudaratkan' atau 'No Injury Principle' sebagai asas penting. Prinsip ini merujuk kepada peraturan yang meggerakkan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi. Hubungan yang berasaskan prinsip 'tidak memudaratkan' ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merjujk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar.
Prinsip ini bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek dan dimensi kehidpan manusia. Ia bukan sahaja melarang tindakan atau sikap yang memudaratkan orang lain tetapi juga memudaratkan diri sendiri. Apabila seseroang atau satu organisasi itu berusaha untuk tidak memudaratkan diri sendiri atau orang lain kehiudpan dan kegiatanya menjadi seimbang, keberkatan ilahi dan kecemerlangan dalam pencapaian matlamat perniagaan dapat di perolehi.
Dalam konteks pengeluaran dan perkhidmatan pengamatan prinsip 'tidak memudaratkan' ini akan memastikan bahawa sesebuah oraganisasi perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual dan fizikal masyarakat dan individu. Aspek pemeliharaan alam sekitar juga akan diberi penekanan yang sewajarnya. Pengguna akan dapat kualiti produk dan perkhidmatan yang dikehendaki.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"
Ini bersesuaian dengan tujuan Syariat Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang memelihara mana-mana perkara asas ini digalakkan (masa'lih) dan segala yang boleh memberi kesan negatif kepada salah satu daripada kelima-lima ini dilarang (mafa'sid).
Oleh itu Islam menekankan aspek kualiti dalam bentuknya yang menyeluruh. Prinsip 'tidak memudaratkan' akan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.
Dalam aspek pengurusan organisasi korporat prinsip ini sekiranya diserapkan di semua pringkat organisasi akan menjadi faktor motivaasi yang mendorong anggota-anggotanya untuk terlibat secara bersungguh-sungguh dalam menignkatakan produktiviti dan kualiti. Peter Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'. Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan perniagaan mereka.
Pembentukan budaya korporat yang sihat akan terjejas sekiranya prinsip 'tidak memudaratkan' atau 'do no harm' tidak diamalkan.
Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan:
2. Niat Yang Betul. Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut diatas dan agar dia mendapat keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek kehidupannya.
Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud:
`sesungguhnya amal itu bermula dengan niat'
3. Al-Adl Wal Ihsan. Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan `Al-Adl Wal Ihsan' atau keadilan dan ihsan.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an:
`sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi karib kerabat, dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. Dia mengajarkan kepadamu agar kamu mendapat peringatan'(surah an-nahl, ayat 90).
Ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi daripada ayat diatas:
                            1. Kita disuruh melakukan keadilan
             2. Kita disuruh melakukan kebajikan
                        3. Kita disuruh memberi sadaqah
4. Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar
5. Kita dilarang membuat kezaliman
Oleh itu dalam kegiatan perniagaan kita harus melaksanakan keadilan, kebajikan, memberi sadaqah, serta tidak melakukan yang keji, mungkar atau menzalimi diri kita atau orang lain.
Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at Islam. Ini
Oleh itu keadilan dalam konteks perniagaan memberi implikasi berikut:
4. Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan
Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah dan kebenaran adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan dan perpecahan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar.
Dengan sifat ini usahawan akan mendapat untung yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.Rasulullah telah bersabda:
`penipuan membawa kepada neraka'
Oleh itu sebarang bentuk penipuan adalah haram.
Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa dengan seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya kedalam dan mendapati gandum dibawah basah. Baginda telah menegur penjual itu kerana tidak meletakkan gandum yang basah itu diatas supaya pembeli dapat melihatnya.
Baginda kemudiannya telah bersabda:
   `barangsiapa yang menipu tidak termasuk
   dalam golongannya'
Baginda juga telah bersabda:
             `Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari
              akhirat beserta orang-orang yang benar dan para
              syuhada' (Surah Al-Mutaffifin)
Amatlah jelas sekali pandangan Islam terhadap etika perniagaan apabila kita mengkaji ayat-ayat alquran yang di turunkan sebagai pertunjuk kepada manusia. Selain daripada banyak ayat-ayat dalam alquran yang menggariskan prinsip-prinsip dan etika perniagaan terdapat satu surah dalam alquran yang di beri nama `almutaffifin' yang memerlukan satu penelitian yang mendalam.
Almutaffifin,  Bermakna Orang Yang Curang.
     `Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang
      curang(curang dalam menakar dan menimbang')
      iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran
     dari orang lain mereka minta di penuhi
Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi.Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan di bangkitkan.Pada suatu hari yang besar
Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin
Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran:
Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan
Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya
Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti . Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak akan menipu dan berlaku zalim dalam perniagaan
Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.
4.Menyorok barang diharamkan.
Termasuk dalam sifat amanah dan benar ialah tidak menyorok barang. Dalam hadis Rasulullah:
`sesiapa yang menyorok barang dia berdosa'.
Menyorok barang adalah berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana ia menyebabkan:
1. Kekurangan barang yang dikehendaki oleh masyarakat.
2. Menyebabkan harga akan meningkat dan tekanan terhadap kadar inflasi

C. Kaeadah Pemasaran yang Beretika. Adalah selari dengan konsep amanah dan benar dalam perniagaan bagi seseorang usahawan untuk memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam.
Seseorang usahawan, umpamanya harus memastikan bahawa sebarang bentuk pengiklanan atau promosi benar-benar mencerminkan kualiti dan kandungan barangan atau perkhidmatan agar seseorang pembeli itu tidak merasakan bahawa ianya ditipu.
Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual.
Kaedah pemasaran yang beretika dalam Islam juga menuntut agar menggunakan wanita dalam media cetak dan elektronik sebagai bahan pelaris atau untuk menarik masyarakat membelinya adalah di larang sama sekali. Kaedah ini akan merosakkan jiwa dan akhlak remaja khususnya dan meningkatkan gejala-gejala sosial dalam masyarakat.
Kaedah Fiqh yang berbunyi `Menutup pintu-pintu kerosakkan' haruslah di jadikan panduan.

D. Tidak mengurangkan Timbangan.Usahawan muslim harus memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak mereka sejajar dengan harga yang mereka bayar;
`celakalah bagi orang-orang yang suka mengurangi takaran. Iaitu orang-orang yang kalau menerima takaran dari orang lain selalu meminta yang penuh (cukup dan tidak kurang sedikitpun), tetapi kalau menakarkan untuk orang lain, pasti dikurangi. Apakah orang-orang itu tidak mengira (menyakini) bahawa mereka itu pasti akan dibangkitkan dari kuburnya, yakni pada suatu hari yang penuh pancaroba' (surah al-mutaffifin : 1 - 5).

D.Gharar  Oleh kerana terlampau ghairah untuk mendapatkan keuntungan maka pembeli sering melakukan `gharar' iaitu dengan mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar.
Allah Telah Berfirman:
`Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan perniagaan yang dilakukan suka sama suka diantara kamu (surah an-nisa', ayat 26).

E. Tidak Terlibat Dengan Amalan Riba
Seseorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Memang tidak dinafikan perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa membuat pemilihan dari sumber-sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan ditanggung.
Di Malaysia sumber-sumber pembiayaan yang bebas dari riba semakin meluas. Usaha perlu dibuat oleh usahawan untuk mengenalpasti sumber-sumber ini dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin.                                       
Pembiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:
1. Pembiayaan projek
a. Mudharabah
b. Musyarakah
2. Pembiayaan memperolehi aset
a. Mudharabah
b. Musyarakah
c. Bai'bithaman ajil
d. Ijarah
e. Bai' al-ta'jiri
3. Pembiayaan perdagangan
4. Gadaian atau ar-Rahn
5. Jualan salam

F. Tidak Menzalimi Pekerja

Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawaban serta partisipasi daripada pekerja kita untuk mrncapai matlamat ini bukanlah satu yang payah. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.
Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka. Apabila pekerja mereka merasakan mereka dizalimi maka kita akan dapati pekerja mereka yang berpengalaman akan mulai mencari jalan keluar dan berhenti kerja.
Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita?
Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat. Kadar inflasi seharusnya diambil kira dalam membuat perubahan yang sesuai terhadap gaji pekerja.
Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. Pengurusan partisipasi atau participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Sesebuah firma atau kilang yang besar seharusnya memikirkan untuk mewujudkan qcc (quality control circle) atau kumpulan pengawasan kualiti yang melibatkan pandangan semua pekerja. Sebagai seorang pekerja yang diberikan sesuatu tugas yang spesifik sudah tentu mereka berhadapan dengan masalah dan keperluan yang tersendiri. Seseorang usahawan sudah tentu tidak mengetahui setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya walaupun pernah terlibat dalam kerja tersebut kerana perubahan-perubahan dan suasana-suasana baru.
Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.
Ini amat perlu agar setiap pekerja merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu pasukan dan tidak timbul perselisihan atau pergaduhan sesama mereka. Ini untuk mengelakkan daripada menurunknya semangat dan morale pekerja untuk bekerja.
keselamatan dalam bekerja adalah amat penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walaupun ini bermakna kos pengeluaran akan meningkat.
Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya.

G. Tidak mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan yang
     haram,  rendah kualiti atau bertentangan dengan tujuan syari'at.

`wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang bagi kamu'(al-baqarah, ayat 168)
`wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya(al-baqarah, ayat 172)

Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari'at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa'lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa'sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
               
H. Kualiti..Islam sangat menekankan kualiti sebagaimana yang disebut dalam ayat-ayat diatas dan tujuan syari'at.
Dalam ayat yang lain, al-Qur'an sekali lagi menegaskan bahawa yang lebih utama dalam hidup seseorang insan ialah mengutamakan amalan atau pekerjaan yang lebih berkualiti sebagaimana yang tertera dalam surah al-mulk, ayat 2
`dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya...'
Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapi banyak masalah termasuk anak-anak kita nanti.
Kita tidak mahu masyarakat yang berpenyakit dari semua sudut.
Masalah keracunan makanan, penyakit kanser,dan lainnya adalah berpunca daripada bahan yang tidak berkualiti.
Tindakan undang-undang akan dihadapkan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.
Diharamkan arak dan judi
`mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manafa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manafa'atnya.'(surah al-baqarah, ayat 219).
Termasuk yang diharamkan ialah menggunakan input-input yang diharamkan seperti diatas dan dibawah ini untuk mengeluarkan sesuatu produk yang halal.(al-ma'idah 1, 3)

I Pengguna yang Kritikal dan Aktif. Sebagai seorang usahawan kita harus faham bahawa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tetapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna, kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk kita bagi mengelakkan kita daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk kita.


J. Memenuhi Kontrak Yang Dibuat. Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain.

`Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan janganlah kamu rosakkan sumpah kamu sesudah kukuhnya, padahal kamu telah menjadikan Allah jadi jaminan bagimu' (surah an-nahl, ayat 91)

K.Kontrak Yang Jelas Dan Sah.Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan diantara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.
Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:
a. Sempurna rukun dan syarat
b. Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak
Rukun secara umumnya:
a. Penjual  b.pembeli
c. Barang yang dijuald. Harga
Syarat (contohnya)
Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini, bapa atau penjaga boleh menguruskannya.
Orang yang tidak disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.
Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.
Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.

L. Segala Bentuk Perjudiaan di Larang

segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.
`hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan'(surah al-ma'idah, ayat 90)

M. Harga yang AdilPeniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.
Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.
Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan.
Menaikkan harga tanpa sebab yang manasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.
Usaha perlu dibuat oleh pengusaha muslim untuk membantu kerajaan menstabilkan harga. Ini akan mebantu menarik pelabur luar melabur di Malaysia.
                                           
4. BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?
Masalah sekarang ialah masalah perlaksanaan. Ada tiga cara untuk memastikan perlaksanaan. Peniaga atau pengusaha ,Pengguna atau pembeli ,Peranan kerajaan
Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca dan memahami apa yang di gariskan oleh syariat Islam
Mereka harus yakin bahawa mereka akan di hadapkan kepada Allah swt di hari akhirat nanti dan akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah swt. Oleh itu mereka harus melaksanakan dan mengamalkan apa yang di tentukan oleh Islam. Tanpa keyakinan ini, kita akan lihat berlakunya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam dan peniaga-peniaga dan pengusaha akan mencari kaedah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan etika dan prinsip perniagaan Islam terutamanya apabila ia melibatkan kos, tenaga dan masa
Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Mereka harus bertindak secara aktif dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna dan memberikan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memantau perlaksanaan etika perniagaan sekiranya terdapat penyelewengan-penyelewengan.
Peranan kerajaan adalah seperti berikut:
·         menyediakan garis panduan yang jelas den lengkap mengenai etika perniagaan untuk di edarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha
·         memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya
·         membentuk agensi atau badan untuk memantau perlaksanaan garis panduan tersebut dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsur diskriminasi
·         -menyediakan ruang bagi orang ramai untuk menyuarakan bantahan dan memberikan maklumat sekiranya terdapat penyelewengan.

5. Hasil dari Etika itu adalah Keuntungan
Sebagaimana yang disebut diatas bahawa keuntungan adalah sesuatu yang menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam. Keuntungan yang diperolehi itu harus digunakan berdasarkan apa yang menjadi tujuan kewujudan sesuatu syarikat itu. Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali :
`Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir)
Walaubagaimanapun keuntungan seharusnya diperolehi melalui usaha-usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.

6. Yang Harus Dikerjakan Oleh Usahawan Selain Berniaga.
 Sebagai Usahawan Islam semestinya  melaksanakan Ibadah selain kegiatan dalam
  peniagaan sebagaimana Firman Allah :
                      `hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala
                       janjimu'(surah al-ma'idah, ayat 1)Tidak melupakan
                       ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.
walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah kita tunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun kita terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang kita sedang lakukan.
(i) Sembahyang
`Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari jum'at, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui'(surah al-Jumu'ah, ayat 9)
Cari rezeki selepas ditunaikan sembahyang
`maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya'(surah al-Jumu'ah, ayat 10)

(ii) Zakat Perniagaan
Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syari'at Islam, (yang bebas daripada riba dan produk serta perkhidmatan yang halal
`Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu (surah al-baqarah: ayat 110)
`Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persahabatan dan tak ada pertolongan'(surah al-baqarah, ayat 254)

7.Kesimpulan .Diharapkan kegiatan keusahawanan bermula dari niat kita, falsafah, matlamat, hubungan dengan pihak pekerja, pengeluaran, pembiayaan, perancangan dan pengawalan, pengiklanan dan sebagainya adalah berasaskan Islam. Ini sesuai dengan ayat al-Qur'an:
`Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecualli dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah an-nisa' ayat 29)
`Wahai orang-orang yang beriman masuklah
dalam Islam keseluruhannya'
Sesunggunya kita semua akhirnya akan bertanggungjawab depan Allah SWT di hari Akhirat nanti dan akan menerima balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini.
`Maha Suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Al Mulk, 1-2)
                Dengan Kajian ini, diharapkan jika kelak Kita menjadi Usahawan Islam yang mengikuti etika dan aturan yang yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam sehingga Kita menjadi usahawan Islam yang Sukses di dunia dan di akhirat.
.
Tugas VII USAHAWAN AGUNG(ABU ZAR AL-GHIFARI)

1.PENDAHULUANTidak ada agama selain Islam yang begitu mendorong penganutnya untuk berniaga sehinggakan berniaga itu dikategorikan oleh Islam sebagai Fardhu Kifayah, bukan hanya setakat mendorong, Islam juga telah menggariskan rangka jelas untuk manusia berkeusahawanan. Dengan keistimewaan kedudukan perniagaan dalam Islam, tidak hairanlah jika sejarah pengembangan Agama ini berkaitan dengan kegiatan perdagangan.

II. ISLAM MENGANJURKAN (USAHA PERNIAGAAN )
Firman Allah di awal al-Quran sudah mengajukan perniagaan sebagai suatu lapangan yang boleh diterokai, sebagaiman adalam ayat al-qur’an surah al-baqoroh : 198 ) :
                Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia dari Tuhanmu.
Mengikut tafsiran “kurnia” bermaksud rezeki hasil perniagaan, ayat ini turun sewaktu wujud keraguan dari umat Islam yang mengerjakan hajipada musim itu tentang apakah boleh mereka berdagang dalam musim mengerjakan haji, dengan terjawabnya keraguan itu, maka musim haji itu sendiri adalah suatu perhimpunan antarbangsa di mana terdapat banyak sekali manfaat kepada umat Islam, atara manfaat itu adalah perdagangan ( Qadhawi,1990, hal.185 )


III.CONTOH USAHAWAN AGUNG : ABU ZAR AL-GHIFARI.
Abu Zar al-Ghifari adalah salah seorang yang awal beriman; beliau memeluk islam ketika Rasulullah s.a.w. masih menyampaikan dakwahnya secara berbisik-bisik. Mengenai Abu Zar, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “Takkan pernah lagi dibawah langit ini, orang yang lebih  benar ucapannya dari Abu Zar

Abu Zar bukan usahawan. Beliau dipilih dalam tulisan ini sebagai contoh personality yang menentang golongan berkuasa dan pedagang yang gemar menyimpan harta kekayaannya. Bagi beliau harta kekayaan mesti disedekahkan kepada fakir miskin. Beliau juga melihat bagaimana kuasa dan kedudukan (jawatan) boleh melalaikan manusia daripada amanat dan membuatkan manusia rakus dalam mengumpul harta. Keadaan hidup berbeza antara golongan yang klalai ini dengan rakyat jelata akan menimbulkan cemburu yang boleh meledak menentang mereka yang berada. tetapi Abu Zar telah diaasuh oleh Rasulullah s.a.w. supaya tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya bersabar. Abu Zar memilih menggunakan lidahnya dalam berhadapan dengan golongan yang menimbun harta.

Setelah mendedngar tentang keadaan mereka yang berkuasa di Syiria mengumpul harta, Abu Zar dengan segera berangkat. Beliau berdialog dengan gabernor Muawiyah bin Abi Sofyan yang hidup serba mewah dengan memusatkan kekuasaannya dan mengaut kekayaan bersama kumpulan orang-orangnya. Tindakan Muawiyah mendirikan la-Khadra (istana Hijau) juga ditegur oleh Abu Zar. Namun Abu Zar tidak berdaya melawan kekuasaan muawiyah yang dapat mempengaruhi Khalifah Uthman; Abu Zar diarah kembali dari Syiri oleh uthman.

Demikian dalam dunia yang sudah dikuasai takhta dan harta, manusia seperti Abu Zar adalah keseorangan seperti maksud sabda Rasulullah s.a.w. terhadap Abu Zar ketika pernag Tabuk.
………ia berjalan sebatabg kara………
………meninggal sebatang kara………
………dan dibangkitkan nanti sebatang kara………

Abu Zar kembali kepada Rasulullah di padang pasir Rabadzaah sebatang kara ditangisi hanya oleh isteri dan seorang anaknya.

Model perlakuan, mengamati sifat dan perlakuan usahawan contoh di zaman Rasulullah s.a.w. disimpulkan antara yang patut diteladani ialah:
1.        meninggalkan perniagaan bila diperlukan untuk berjihad dalam bentuk lain.
2.        tidak menggunakan pengaruh untuk kepentingan diri sendiri.
3.        Takut kepada harta terkumpul
4.        hidup dalam kesederhanaan.

Pemeringkatan peranan diri seorang mukmin amat jelas; tiada keraguan dalam meninggalkan sesuatu untuk mengerjakan yang lain. Suatu bentuk jihad yang sangat diperlukan oleh Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. ialah peperangan melawan musuh Islam. usahawan muslim dengan rela meninggalkan perniagaan untuk berjuang dimedan perang; bahkan bukan setakat berjuang tetapi kebnyakan mereka adalah panglima yang mengapalai gerombolan-gerombolan. Di zaman moden ini peperangan senjata kuaang sekali dan kalau adapun tidak jelas akan tujuan peperangan itu. Tujuan peperangan juga bertambah kabur dengan tujuan Politik dunia yang begitu kusut. Di mata kasar sepertimya peperangan antara orang yang beragama Islam dengan orang kafir, tetapi puak Islam itu pula menerima bantuan (kewangan, risikan, kepakaran dan teknologi) kafir lain. Lantaran ketiadaan peperangan, mnuknim boleh menyertai jihad dalam bentuk lain. Sayangnya kebanyakan usahawan hari ini tidak berupaya untuk meninggalkan buat seketika untuk tujuan kepemtingan umum yang lain. Alasan yang diberi adalah, bermiaga itu juaga adalh jihad. seruan untuk melibatkan diri dalam bentuk-bentuk jihad yang lain yang bersifat kegiatan kolektif pada suatu tertentu kurangdizaman moden ini. namun dalam seruan-seruan yang terbatas balangannya itupun mendapat sambuatn yang dingin, sedangkan dizaman ini cara hidup manusia serba mudah, banyak pilihan dan mewah. Banyak perniagaan yang diurus secara profesional yang sepatutnya memungkinkan usahawan untuk meninggalkan perniagaan buat sementara. Mengapa masih tidak boleh dan mengapa boleh pula bila tiba waktu usahawan akan bercuti sebbulan keranan melancong ke luar negara?

Pengurusan masa usahawan tidak lagi memeringkatkan ibadah wajib seperti sholat kepada yang sepatutnya. Akibatnya, sholat kelewatan atau ketinggalan dalam kesibukan tugas atau memenuhi temu janji lain.
Usahawan yang berjaya selalunya berpengaruh dalam masyarakat. kedudukanmereka dalam masyarakat tinggi dan disegani. Keadaan sedemikian mendekatkan lagi mereka kepada pemimpin politik negara. Jika bukan mereka yang mendedkatkan diri kepada pemimpin politik, pemimpin politik pula yang mengambil inisiatif. Penagruh usahawan semakin kukuh dan semakin meluas dengan keadaan zaman moden ini di mana gandingan politik dan perniagaan yang begitu intim sehingga memudarkan garis pemisah antara politik dan perniagaan. Orang yang berniaga memerlukan orang politik untuk mendapat lebih banyak peluang perniagaan; orang politik memerlukan peniaga untuk membiayaai perbelanjaan politik yang berbagai bentuk dan berjumlah besar. Pendapatan daripada politik semata tidak memungkinkan penyelenggaraan stail hidup dan keperluan kerjaya politik zaman ini. Lantaran itu, contoh pemerintahn Muawiyah terus diteladani sehingga zaman ini dimana jua negara. Hasil daripada persekongkolan ini orang politik dan orang perniagaan semakin berpengaruh dan semakin kaya. Namun, tidak ddemikian halnya deengan usahawan golongan sahabat. Nereka berpengaruh malah adalah jua pemimpin terpilih-dalam politik tetapi dengan mudah memisahkanpolitik dan perniagaan sehingga keduanya tidak saling memepengaruhi.Kepentingan perniagaan sehingga keduanya tidak saling mempengaruhi.Kepentingan perniagaan sendiri dijaga dengan keterampilan keusahawanan bukan pengaruh politik. Demikian pula kekuatan pengaruh dalam perniagaan tidak dibawa ke kancah politik.

Ketrampilan keusahawan menhasilkan keuntungan dan kekayaan dengan izin Allah jua. Salah satu matlamat perniagaan adalh keuntungan dan hasil daripada keuntungan itu tuan mempunyai peniagaan mengharapkan hidup yang selesa. Dalam soal keuntungan ini yang perlu ditentukan oleh usahawan ialah bagaiman ia berusaha  mencari keuntungan dan apa yang dilakukan dengan keuntungan tersebut. Keuntungan seharusnya diperolehi melalui perniagaan yang halal, modal dan cara yang halal.

                Pengertian cara adalah luas, cara juga merangkumi pembahagian masa usahawan itu, untuk apakah keuntungan itu ? ramai yang mengumpulkan dan terus menimbun keuntungan . Keghairan mereka mengumpulkan kekayaan disemarakkan lagi oleh danya senarai tahunan orang terkaya di dunia dan nama-nama jolokan yang mengagungkan mereka yang kaya dan handal berniaga seperti The Wizard, Midas, Coporate Raider dan Entepreneur of the Year. Penimbunan kekayaan dengan cara langsung juga memewahkan kehidupan seseorang- kemewahan yang ditafsirkan juga oleh Islam sebagai pembaziran.

                Usahawan Mukmin takut pada harta yang terkumoul, kekayaan dicari tetapi tidak disimpan sebagai kah sendiri.Keuntungan dan kekayaan yang terhasil melalui perniagaan dibahagi mengikut keperluan kelangsungan perniagaan, diri sendiri dan keluarga dan agama ( seperti zakat dan sedekah). Usahawan berjaya bukan sahaja pemimpin dalam bidangnya tetapi mengaruskan kepimpinan dalam bidang-bidang lain yang memerlukan. Para sahabat yang berniaga adalah juga pemimpin dalam peperangan dan juga adalah pemimpin dalam penyebaran agama. Umpamanya, mereka juga berperanan sebagai imam. Pendakwah  di zaman-zama berikutnya adalah juga pedagang, dan pedagang yang merentasi lautan, umpamanya yang dating ke Asia Tenggara diabad 6,7, adalah juga pendakwah. Polemik status mereka ini masalah perdagangan adalah manifestasi kesukaran orang menentukan apakah mereka ini pendakwah berdagang atau pedagang berdakwah. Ia juga adalah manifestasi Islam sebagai ad-din,demikian contoh amalan konsep kepimpinan yang meluas. Peranan pemimpin dilaksanakan  sama ada melalui penyerahan resmi atau tidak resmi, sama ada dirancang atau spontan, contoh kepimpinan spontan ialah apabila Zubair dan Tolhah mengamankan dua pihak yanghampir berperang besar lantaran salah faham walau pun nyawa keduanya digadai (kepada Allah s.w..t.).

                Usahawan Mukmin hidup dalam kesederhanaan. Kehidupan keusahawan mukmin di zaman Rasulallah tidak banyak dengan orang miskin. Dalam keberuntungan perniagaan, mereka juga merasai perit hidup golongan miskin.
 Kesederhanaan hidup adalah penting sebagaimana pendapat  Abu Zar yang mengatakan bahawa kehidupan mewah golongan berada akan membabitkan ketidakp[uasan hati golongan miskin, ini akan membabitkan pula penentangan golongan tidak berada keatas golongan berada. Pendapat ini menarik sekali kerana  juga falsafah asas yang membuahkan dasar ekonoimi baru Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 ditafsirkan oleh Kerajaan  sebagai manifestasi penentangan golongan miskin ( Majoriti Melayu) yang iri hati terhadap golongan kaya (majority China). Akibat daripada pengkalasan ekonomi terjadilah konflik kaum atau dalam bahasa kaji masyrakat, ras menopengi klas.


IV. KESIMPULAN.Seorang ahli tafsir (3) pernah berkata bahawa pengertian daripada alquran menunjukkan bahawa terdap-at tiga jenis perniagaan :
. Perniagaan manusia dengan Tuhannya. Perniagaan manusia sesama manusia Perniagaan manusia dengan Sayitan.
Pengertian Perniagaan manusia dengan Syaitan adalah luas. Manusia berniaga dengan syaitan apabila bidang perniagaan adalah bidang yang haram, cara perniagaan tidak mengikut lunas Islam dan cara hidup menyimpang dariapada ketentuan Islam.

Sudah ditakdirkan, bidang yang menjanjikan sembilan bahagian daripada sepuluh sebahagian rezeki itu adalah juga gelanggang yang melalaikan. Bagi menangani cabaran-cabaran dalam perniagaan, seperti dalam mengahadapi masalah, peluang dan keuntungan lumayan, usahawan mukmin berpegang kepada beberapa perngatan Allah seperti maksud terkandung dalam firmanNYa :

                Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalh kamu lebih cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (dari ) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik (At-Taubah : 24 )

Mereka yang mendapat pancaran Ilahi ialah :…. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jualbeli daripada mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang dan (dari) membayarkan zakat, merekaka takut kepada suatu hari yang (di hari itu ) hati dan penglihatan menjadi goncang ( An-Nur : 37 )

Hai orang-orang beriman, pabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari jum’at, maka bersegeralah kamu mengingat kepada Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikaian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebarlah kamu di muka  bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permaianan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri ( berkhutbah ). Katakanlah : Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (Al-Jumu’ah : 9 – 11 )
Demikianlah usahawan mukmin berjaya dalam perniagaan dan sentiasa mengingat Allah. Mukmin yang berjaya memadukan al-malu’s-salih dan ar-rajulul’s-salih.









CABARAN, STRATEGI DAN PENGURUSAN USAHAWAN
DALAM MENCAPAI KEJAYAAN
    
1. Pendahuluan.
Di dalam Wawasan 2020, diharapkan Malaysia  akan menjadi negara Islam pertama di dunia untuk mencapai status negara maju, Insya Allah.

Banyak sekali cabaran yang datang sebab status negara maju tidak akan tercapai selagi terdapat kemunduran ekonomi mengikut kaum dan tumpuan kaum mengikut sektor ekonomi. Apa yang tersirat di sini adalah penerusan prinsip serta strategi yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun 1970. Walaupun namanya sudah bertukar dari Dasar Ekonomi Baru ke Dasar Pembangunan Nasional (dari tahun 1990 hingga tahun 2000) dan kini dikenali sebagai Dasar Wawasan Nasional, prinsip serta strategi asal masih berterusan. Perkara ini amat penting, anggapan yang  ditekankan lantaran ramai beranggapan bahawa DEB sudah tidak ada lagi atau sudah tindak penting dan tidak sesuai lagi lantaran dunia sudah berubah keadaannya. Di sini dapat  ditegaskan  bahawa tidak guna kita mencapai status negara maju jika bangsa Melayu yang sudah tentunya beragama Islam masih mundur.
 Bertolak dari situ, tajuk  yang akan ditulis tentang perkara  “ Cabaran dan Strategi Usahawan untuk mencapai Kejayaan”. Satu persoalan penting, lantaran itu, timbul: Apakah kita, sebagai satu bangsa yang tidak hanya Melayu sebagai jati dirinya tetapi Islam sebagai agamanya, sudah berjaya? Menurut penulis, kejayaan itu relatif: Bila dibandingkan dengan masa lalu (jika tahun 1970 diambil sebagai titik tolaknya), Bangsa Melayu sudah berjaya. Bila dibandingkan dengan kaum lain, namun  masih lagi ketinggalan, dan oleh itu, Bangsa Melayu  belum berjaya. Adalah juga satu falasi jika kita katakan bahawa Bangsa Melayu belum berjaya lantaran  masih mencatat dan memula kemajuan bila dibandingkan dengan masa lalu.  Inilah, sebenarnya, dilema kita: Dilema yang berterusan – lantaran perjuangan kita yang masih belum selesai.

II. Dilema Melayu Yang Berterusan.
Sejak DEB diperkenalkan dan dilaksanakan – melalui prinsip serampang dua mata sebagai tunjang kepada strategi pengagihan dengan pertumbuhan (distribution with growth) – kemiskinan telah berjaya dikurangkan (dari kadar 49.3 peratus pada tahun 1970 ke kadar 8.1 peratus pada tahun 1999); ekuiti Bumiputera telah berjaya ditingkatkan (dari 2.4 peratus ke 19.1 peratus pada tahun 1999); penglibatan Bumiputera dalam sektor pekerjaan moden telah berjaya dipercepatkan sehingga ia mencerminkan nisbah penduduk dalam negara (walaupun masih terdapat kekurangan di peringkat profesional dan mahir); peluang pendidikan serta latihan untuk Bumiputera telah diluangkan seluas-luasnya melalui penubuhan lebih banyak kolej dan universiti; dan, menerusi program Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera (MPPB), ramai usahawan Melayu dan Bumiputera telah diwujdukan.

    Walaupun ia merupakan satu kemajuan (yang boleh dibanggakan), kejayaan yang dicapai, dalam beberapa aspek, masih jauh dari sasaran. Berkaitan dengan pemilikan ekuiti, DEB telah mensasarkan bahawa pada tahun 1990 Melayu dan Bumiputera seharusnya memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah ekuiti syarikat-syarikat yang tersenarai di papan tanda Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun demikian, tahap tertinggi yang dicapai adalah 20.6 peratus pada tahun 1995. Kesan krisis kewangan tahun 1997 telah menjejaskan pencapaian tersebut sehingga ia menurun ke paras 19.1 peratus pada tahun 1999 (penurunan sebanyak 1.5 peratus).  Jika dilihat dari segi penguasaan pula, Bumiputera telah berjaya menguasai hanya 17 peratus dari jumlah ekuiti di dalam sektor korporat. Apa yang dimaksudkan sebagai penguasaan adalah syarikat-syarikat di mana Bumiputera mempunyai milik majoriti.

   Meskipun demikian, nilai pasaran sebahagian besar syarikat-syarikat tersebut mungkin kurang dari nilai ‘par’nya. Malah, tidak juga kecil bilangannya yang disenaraikan di bawah kategori syarikat PN4.

      Jumlah syarikat Melayu dan Bumiputera yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat pada tahun 1995 adalah 69,700 (19 peratus dari jumlah syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat). Walaupun ia telah meningkat sejumlah 97,500 pada tahun 1999, peratusannya mungkin tidak berubah. Jika ia meningkat pun, perningkatan peratusannya adalah kecil.  Pada tahun yang sama (iaitu tahun 1999), bilangan yang terdaftar dengan Pendaftar Perniagaan adalah 743,550 (45.3 peratus). Jika di lihat pula dari segi modal berbayar syarikat-syarikat Melayu dan Bumiputera, lebih kurang 70 peratus dari jumlahnya adalah kecil – dengan modal berbayar kurang dari RM 100,000. Gambarannya di sini adalah bahawa sebahagian besar usahawan serta perniagaan Melayu adalah di peringkat yang masih kecil atau sederhana. Daripada 10,000 usahawan serta syarikat Melayu yang menganggotai DPMM, lebih kurang 70 peratus dari mereka terlibat di dalam sektor pembinaan (termasuk pembinaan infrastruktur) – terutamanya projek-projek yang terjana dari perbelanjaan sektor awam.  Tidak hanya sebahagian besar usahawan serta perniagaan Melayu itu kecil, malah tidak kecil bilangannya yang terdedah atau ‘vulnerable’ kepada turun naik atau kitaran ekonomi negara dan global. Semasa kemelesetan ekonomi pada tahun 1986 sebahagian besar usahawan Melayu telah terjejas perniagaan mereka sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan tabung khas – Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) – untuk memulih kembali perniagaan mereka. Ada beberapa di antara mereka, belum lagi terpulih sepenuhnya akibat kemelesetan 1986, telah terjejas oleh krisis kewangan yang melanda ekonomi negara pada tahun 1997. Orang Melayu adalah yang paling ramai diisytihar muflis, di mana mereka merupakan 51 peratus daripada 104,770 kes bankrap yang dilaporkan sehingga tahun lalu.

      Apa yang cuba digambarkan di atas adalah bahawa sebahagian besar perniagaan Melayu (baik yang besar atau kecil saiznya) masih lagi lemah.

III. Falsafah dan Pendekatan Pengurusan Aset dan Liability dari Perspektif
        Islam.

Dari apa yang telah dibincangkan di atas, dilema kita yang berterusan itu jelas membayangkan bahawa satu faktor yang perlu dan penting melandasi segala pencapaian kita adalah usaha ‘continous improvement’ atau pembaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan (excelllence). Ketiadaan atau kekurangan usaha ‘continous improvement’ atau pembaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan (excelllence) membawa kepada ketiadaan atau kekurangan pengurusan aset dan liabiliti yang baik. Tidak ada gunanya kita meletakkan sebarang sasaran jika tiada usaha berterusan untuk memperbaiki perniagaan, serta produk dan perkhidmatan, ke  arah kecemerlangan.  Kecemerlangan, bagi diri saya, seharusnya meliputi juga kecemerlangan di dalam pembangunan diri sehingga terkikis sifat-sifat cela di dalam diri kita – umpamanya, pecah amanah. Sifat-sifat ‘continous improvement’ serta mengejar kecemerlangan tidak lari daripada Islam. Malah, ia merupakan sifat-sifat yang digalakkan oleh Islam.

    Islam mempunyai falsafah dan pendekatan yang tersendiri dan berlainan dengan pendekatan konvensional dalam urusan pengurusan aset dan liabiliti perniagaan. Falsafah  dan pendekatan ini sesungguhnya boleh dijadikan garis panduan bagi melahirkan prinsip-prinsip am kepada sistem pengurusan aset dan liabiliti, sesuai dengan matlamat dasar dalam Islam. Pada dasarnya, falsafah dan pendekatan dalam sistem pengurusan Islam, baik secara langsung atau tidak langsung, bergantung kepada konsep Tauhid (Rububiyah dan Uluhiyyah) –  konsep keadilan yang luas dan konsep ukhuwah.  Berasaskan kepada konsep Tauhid inilah konsep dan pendekatan pengurusan Islam dibangunkan. Konsep pengurusan Islam berasaskan prinsip Tauhid, antara lainnya, bermaksud: Menunaikan amanah Allah SWT kepada manusia, sebagai hamba dan khalifahNya di bumi ini, untuk melakukan amal salih di atas prinsip kerja sama dan perbincangan (syura). Tujuan pengurusan ini ialah pembinaan sebuah tamadun yang berasaskan nilai etika tauhid. Untuk tujuan ini, pengurusan mestilah membasmi gejala rasuah, salah laku, keburukan, kezaliman dan seterusnya mewujudkan keadilan di dalam dan kepada sesebuah organisasi dan juga di dalam dan kepada masyarakat seluruhnya. Matlamat terunggul dari pengurusan ini adalah untuk mencapai al-falah, kejayaan yang hakiki.

    Konsep pengurusan Islam ini juga antara lainnya mengaitkan tiga perkara asas – sebagai manifestasi kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini: Perhubungan manusia dengan Allah SWT (HablumminAllah); perhubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas); dan, perhubungan manusia dengan kesemua kejadian alam, makhluk dan persekitaran milik Allah SWT. 
Bagi mencapai matlamat yang digariskan dalam konsep pengurusan Islam itu, pada umumnya, sistem pengurusan Islam itu mestilah mempunyai unsur-unsur utama yang berikut: Pertama, sidik dan amanah; kedua,; tabligh dan fatanah;  ketiga, daya intelek; dan keempat, kecekapan.

·         Pertama : Sifat Sidik dan Amanah
Allah SWT telah menganugerah, dan manusia telah menerima, satu amanah berat yang tidak sanggup dipikul oleh langit bumi dan bukit bukau seluruhnya (Al-Ahzab; 33:72). Setelah menyatakan kesanggupan memikul amanah ini, maka manusia tiada pilihan lain melainkan menunaikannya sebaik mungkin dengan berusaha menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kerosakan, serta beriman kepada Allah SWT. Selain dari menunaikan amanah di dalam konteks hubungannya dengan Allah SWT, manusia juga perlu menunaikan amanah dalam konteks hubungan sesamanya di dalam organisasi (baik syarikat atau masyarakat). Setiap peringkat dalam pengurusan perniagaan itu, selain dari bermatlamatkan keuntungan kewangan yang segera, mestilah menjunjung amanah ini.

   Pengabaian terhadap tanggungjawab melaksanakan amanah ini adalah satu kesalahan besar di sisi Islam sehingga Rasulullah menyamakannya dengan ketiadaan iman. Sabdanya yang bermaksud:
Tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak ada amanah padanya.” (Ibn Hibban).
 Kejujuran dan amanah adalah amat penting dalam pengurusan aset dan liabiliti. Ketelusan yang diamalkan dan ditunjukkan akan memastikan kejayaan pengurusan.

·         Sifat Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana).
Kedua-dua sifat ini adalah penting dalam pengurusan aset dan liabiliti. Ia membayangkan ketelusan pengarah kepada pemegang-pemegang saham. Menyampaikan (tabligh) sesuatu melalui perbuatan (termasuk penulisan dan percakapan) kepada yang sepatutnya (hak) dengan jelas dan terbuka tanpa berselindung merupakan prinsip “corporate governance”. Sistem pengauditan perakaunan yang dijalankan kini adalah sebahagian dari proses menyampaikan dengan sebenarnya kedudukan syarikat. Oleh yang demikian, adalah penting bahagian perakaunan sesebuah syarikat itu mengamalkan tabligh sebaik mungkin.

   Bertindak dengan penuh hemah dan rasional dengan menggunakan segala sumber yang ada ke arah pencapaian matlamat dan hasil yang berkualiti merupakan kebijaksanaan yang dituntut oleh agama. Pengarah (terutamanya, Pengarah Kewangan) perlu mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan ketelusan yang dapat menjamin keberkesanan pengurusan aset dan liabiliti syarikat. Lebih penting, kebijaksanaan tersebut perlu dijadikan amalan berterusan sehingga ia menyerlahkan dalam diri serta organisasi segala aspek dan ciri sidik, amanah, tabligh, dan fatanah.

·         Daya Intelek
 Daya intelek merupakan satu anugerah Allah SWT, yang semestinya disusuli dengan tanggungjawab yang seimbang dengannya. Manusia perlu menjaga dan membajai potensi sebaik mungkin melalui pembelajaran dan penakulan yang berterusan, bukan sekadar bagi diri sendiri tetapi untuk masyarakat dan alam seluruhnya. Galakan supaya menuntut ilmu dan menggunakan daya fikiran bagi mengambil iktibar ini adalah sesuatu yang sangat ditekankan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kami turunkan kepada engkau al-Zikr (al-Quran) supaya engkau dapat menjelaskan kepada manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.” (An-Nahl, 16:44).

“…maka ambil iktibarlah hai orang-orang yang mempunyai pandangan.” (Al-Hashr, 59:2).
    Kewujudan kualiti ini seterusnya membolehkan ia memenuhi amanahnya dengan baik dan cemerlang dan seterusnya mencapai al-falah, kejayaan hakiki di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia, ia perlukan ilmu; sesiapa yang menghendaki kejayaan di akhirat, ia perlukan ilmu; sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia dan akhirat, ia perlukan ilmu.” (Muslim dan Bukhari).
      Dikaitkan dengan pengurusan aset dan liabiliti, seseorang itu semestinya perlukan ilmu tentang pasaran (serta sensitivitinya) untuk berjual beli dan mengurus – bagi pihak syarikatnya.

·         Kecekapan
 Ilmu yang dinyatakan tadi sudah tentu memerlukan kecekapan (competence) yang dapat mengoptimumkan penggunaan aset dan meminimumkan tanggungan liabiliti. Kecekapan akan hanya terhasil melalui latihan dan disiplin yang berpanjangan, yang seterusnya dapat menghasilkan sesuatu kerja dengan memuaskan. Ketekunan dan disiplin yang berpanjangan dalam menjalankan sesuatu tugas dan tanggungjawab merupakan satu gesaan Allah SWT. Islam tidak menyukai kerja-kerja yang dilaksanakan separuh jalan atau tidak konsisten. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sebaik-baik amalan (pekerjaan) itu ialah yang konsisten sekalipun sedikit." (Ibn Taymiyyah).

        Di samping konsistensi sesuatu kerja, pengurusan juga perlu kepada kesungguhan, ketekunan dan komitmen yang tinggi. Dinyatakan bahawa Allah SWT amat menyukai seseorang yang membuat sesuatu kerja dengan tekun dan cuba memperolehi hasil yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah SWT mengasihi hambaNya yang apabila ia bekerja, ia akan bekerja dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.” (Al-Bayhaqi).
“Apabila seseorang melakukan kerja Allah SWT menghendaki ia menjadikannya menarik dan sempurna."” (Muslim).

       Sebagai pemegang amanah dalam mengurus aset dann liabiliti syarikat, seseorang pengurus itu semestinya menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya kepemimpinannya.” (Muslim).

      Dalam aspek ini, konsep bekerja dan juga mengurus dalam Islam ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT dan bukannya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Memandangkan pengurusan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan, Islam menghubungkannya dengan iman dan meningkatkannya ke taraf fardu (wajib).

IV. Pelaksanaan dan Amalan Pengurusan aset.
 Kejayaan dan pembangunan aset perniagaan ditentukan oleh pelbagai faktor. Sebahagian dari faktor-faktor tersebut boleh dikawal, sementara sebahagian lagi adalah di luar kawalan. Termasuk faktor-faktor yang boleh dikawal adalah sifat-sifat usahawan atau pengusaha itu sendiri, yang di antaranya adalah berikut:
·         Budaya merancang;
·         Beramal dan beriman; dan,
·         Adil dan jujur.
.         Budaya Merancang

    Usahawan dan pengurus Muslim juga perlu mempunyai tujuan dan perancangan memandangkan perancangan merupakan pokok kepada sistem pengurusan.  Idea, fikiran dan daya intelek yang dianugerahkan oleh Allah SWT boleh menentukan tujuan dan perancangan bagi pengurusan aset dan seterusnya kemajuan syarikat.
* Beramal dan Beriman
   Sama penting dengan budaya merancang adalah sifat beramal dan beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia  adalah apa yang tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan” (Ibn Najjar dan Ad-Daylami
*Adil dan Jujur
* Adil dan jujur merupakan satu lagi sifat yang sama penting dengan amalan
    budaya merancang, serta sifat beramal dan beriman.
 Dengan menganggap aktiviti ekonomi yang dijalankannya satu ibadah seseorang ahli perniagaan atau usahawan akan sentiasa bersikap adil, jujur dan beretika dengan etika yang sesuai dengan konsep ibadah dalam Islam. Ia tentu tidak akan menipu dalam perniagaannya atau perusahaannya seperti mana ia tidak menipu dalam ibadah sembahyangnya atau puasanya.
  Sifat jujur juga telah terbukti menjadi satu prasyarat penting bagi kejayaan dalam pengurusan aset. Mengikut sejarah, satu dari strategi Rasulullah SAW untuk memecahkan monopoli Yahudi dalam ekonomi dan perniagaan di Madinah ialah dengan membuka sebuah pasar bagi saudagar-saudagar Muslim. Sifat berdisiplin dan jujur yang ditunjukkan oleh para peniaga Muslim di pasar Madinah akhirnya telah berjaya melemahkan monopoli ekonomi peniaga Yahudi di pasar di Qaynuqa’ yang penuh dengan riba dan penipuan. Malah boleh dikatakan sifat jujur dan amanah para saudagar Islam merupakan antara faktor utama tersebarnya Islam ke seluruh pelusuk alam.

V. Pengurusan Liabiliti .
 Sama penting dengan pengurusan aset adalah pengurusan liabiliti. Pengurusan yang bijak dapat memastikan bahawa tanggungan itu adalah  ‘manageable’.

 Salah satu liabiliti utama, yang perlu penanganan segera, adalah hutang. Sering kita melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tanda orang-orang munafik adalah tiga: Apabila bercakap, dia dusta; apabila berjanji, dia mungkir janji; dan, apabila diamanahkan, dia khianat.” (Muslim dan Bukhari).

  Tegasnya, orang yang dusta, mungkir janji dan pecah amanah adalah tergolong dalam kumpulan orang yang dikutuk oleh Allah dan boleh menjejaskan kemajuan sesuatu masyarakat dan negara. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia telah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :

“Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” (Muslim).

Allah S.W.T. berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” (Surah Al-Maidah; 5:1)
   Mematuhi perjanjian, sangat penting dan wajib di dalam Islam, tetapi banyak berlaku mungkir janji dan pecah amanah, di mana apa yang tersebut di dalam perjanjian tidak dilaksanakan.

   Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya”. (Muslim).

    Dalam mengurus tanggunggan syarikat, prinsip-prinsip ini perlu diamalkan kerana kegagalan membayar hutang itu boleh membawa padah bukan sahaja kepada sipemiutang tetapi juga kepada siberhutang.

           Kegagalan untuk mengurus tanggungan dengan bijak boleh membawa kepada  penggulungan syarikat dan juga kebankrapan. Para kreditor juga kehilangan kepercayaan terhadap sesuatu syarikat yang boleh menjejas ‘credit-worthiness’ syarikat atau individu tersebut. Ini boleh menimbulkan masalah dalam menjalankan operasi perniagaan.                         
                                                                                                                                                
            Persepsi umum terdahap usahawan Melayu adalah bahawa kalau berhutang, tidak suka membayar balik hutangnya. Rata-rata persepsi ini juga menyebabkan usahawan yang tulen mengahadapi masalah dalam mendapatkan pinjaman daripada bank.

              Kesilapan usahawan yang terpisah dari sifat-sifat di atas telah menyebabkan keseluruhan bangsanya menghadapi kerumitan mencapai ‘continous improvement’ atau pembaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan (excellence). Lantaran itu, adalah penting semua pihak memberi semua bentuk sokongan untuk mencapainya – yakni pembaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan. Usaha tersebut semestinya dilaksanakan dalam konteks sasaran yang bergerak (moving target) – terutamanya, dalam sektor-sektor yang mana bangsa Melayu itu memiliki kelebihan (advantage) – baik kelebihan strategik atau kelebihan intrinsik.

        Kita telahpun menggariskan nilai-nilai yang diperlukan dalam usaha kita memupuk ‘continous improvement’ untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan kejayaan. Namun demikian, usaha tersebut memerlukan satu  mekanisme yang tidak hanya memantau tetapi juga mendidik supaya nilai-nilai positif dalam pengurusan kejayaan akhirnya menjadi satu budaya dalam diri Melayu itu.

 VI. Sebahagian Cabaran Yang Akan Dihadapi Oleh Usahawan di Abad Ke 21.
Cabaran merupakan suatu elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan dan kemampuannya di dalam menguruskan perniagaan, ada beberapa perkara yang akan memberi pengaruh yang signifikan kepada usahawan, diantaranya, iaitu :
1.        Kesetian pekerja yang menurun, kerana adanya persaingan untuk menyingkirkan polisi tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan factor pengeluaran yang lain dan pekerja hari ini mempunyai kebelbagaian pilihan jenis pekerjaan akibat daripada mobility tempat kerja yang lebih tinggi.
2.        Kekurangan pekerja yang berkemahiran menyebabkan permintaan terhadap mereka meningkat dan seterusnya, meningkatnya kos pembayaran gaji, elaun, insuran dan tambahan lain yang ditanggung oleh sayarikat.
3.        Penambahbaikan Kualiti yang berterusan akan membolehkan syarikat memenuhi citarasa semasa pelanggan dan untuk terus bersaing.
4.        kebelbagaian Tenaga kerja, Usahawan perlu mengiktiraf perbezaan yang wujud dan pada masa yang sama, mengambil faedah denganb mencungkil setiap potensi yang ada hasil dari perbezaan berkenaan demi kebaikan syarikat,
5.        Tindakbalas terhadap Globalisasi dengan menyediakan persekitaran kerja yang saling faham-memahami, saling menghormati dan mengambil kebaikan daripada kepelbagaian yang dimiliki.
6.        Membangunkan Perilaku Beretika, untuk membina garis pemisah diantara hak dan batil dalam setiap tindakan dan keputusan.
7.        Kesementaraan Pekerja, maka Usahawan harus bersikap Fleksibel, kespontanan dan peka terhadap perkara yang di luar ramalan.
8.        Menggalakkan perubahan dan Inovasi, Usahawan mesti mengetahui bahawa pekerja mempunyai bakat dan memberi kesempatan untuk menggunakan kreatif, inovasi dan imaginasi yang mereka miliki.


VII. Strategi Yang Harus dimiliki Oleh Usahawan.
Ada beberapa Strategi yang dapat dilakuakan atau digunakan oleh Usahawan, diantarannya iaitu :

1.        Kepakaran Berkomunikasi sebagai penghubung yang berkesan sebab ramai pekerja yang mempunyai latarbelakang yang berbeza.
2.        Berperanan sebgai Pendorong dan Pemimpin serta memberi arahan secara paling berkesan kepada pasukan kerja atau individu agar mereka mampu memberi sumbvangan yang terbaik.
3.        Kemahiran dalam Penggunaan Teknologi maklumat untuk memperoleh kelebihan bersaing dalm perniagaan.
4.        Strategi Sejagat dengan memahami pasaran dunia .sehingga dapat mengenal pasti peluang perniagaan secara unik dan bertindak cepat.
5.        Mengutamakan Jaringan. Supaya dapat mengurangkajn lapisan prosudur dan segala bentuk birokrasi dalam menjalankan aktiviti keusahawan.

VI. Penutup.


Sebagai penutup , Penulis berharap bahawa akan menghasilkan manfaat dari tulisan in, Insya Allah, ‘Homo Islamicus’ Melayu yang maju, kukuh jatidirinya, berilmu, serta beramal – sehingga mampu ia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Apa yang diwawaskan adalah seorang Melayu yang total keIslamannya  sehingga amalan hidup sehariannya merupakan ibadah.  Apa yang menggusarkan adalah terhasil, sebaliknya, satu lapisan ‘Homo Economicus” Melayu yang mengejar kebendaan semata-mata dan rela menghalalkan cara demi merealisasikan tuntutan nafsu mereka. Gejala inilah yang kelak menimbulkan perihal pecah amanah dan rasuah di kalangan segelintir kecil di dalam masyarakat Melayu. Jika tidak dibendung segera, ia akan membiak kepada satu budaya yang akhirnya akan meruntuhkan bangsa dan ummah.
                Kejayaan sesebuah perniagaan akan ditentukan oleh pengurusan yang cekap lagi berkesan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Usahawan serta bersedia menyesesuaikan diri dengan perubahan persekitaran di mana perniagaan dijalankan.

Demikianlah tulisan ini dibuat, atas segala kekurangan dan kesilapan, mohon dimaklumi dan terimakasih  atas perbaikannya, semoga dapat bermanfaat.






SAHAM : SATU PERJUDIAN ATAU PELABURAN

DAN MENURUT IJTIHAD ULAMA



1. Pendahuluan .
Dalam membahas tajuk ini sebelumya Saya telah mengambil data dari Internet yang
bertajuk Saham :Satu Perjudian atau Pelaburan“ yang ditulis oleh    Mukhriz Mudaris Mahmud , untuk dianalisis dalam tulisan tersebut sebagai tugas dari “Kursus Keusahawanan dalam Perspektif Islam”, maka Saya mencuba memberikan sedikit analisis atau pandangan yang terhad dengan kemampuan dari sebahagian yang telah ditulis beliau., semoga dapat difahami dan dimengerti dan atas segala kekurangannya dimohonkan maaf.
Didalam tulisan in Saya hanya membahas tentang Ijtihad Ulama’ tentang Saham.apakah haram atau dibolehkan, untuk itulah dari kajian ini, Kita dapat mengetahui bagaimana Ijtihad Ulama akan saham.

2. Pengertian Saham, Perjudian dan Pelaburan.
Sebelum membahas Saham lebih lanjut, baiknya Kita mengetahui erti dari saham itu sendiri, Saham boleh diertikan sebagai jumlah unit pemilikan pelaburan dalam syarikat perkongsian / awam, yang berbeza keeadaanya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Dan dapat juga dimaksudkan satu transkrif atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagai pernyataan haknya yang sebenar dalam pemilijkan modal syarikat
 Dan yang dimaksud dengan Perjudian iaitu Sesuatu perkara atau permainan yang melibatkan wang sebagai taruhan , di mana kejayaan dan kegagalan    pertaruhan itu diserahkan kepada kebarangkalian  semata-mata sehingga definisinya  menjadi taruhan ,kejayaan dan kegagalan diserahkan kepada kebarangkalian
      Sedangkan yang dikatakan Sebagai Pelaburan ialah wang    yang diletakkan oleh seseorang ke dalam sesuatu pekerjaan atau projek, sebagai modal    yang digunakan untuk mengusahakan projek  tersebut, dengan tujuan untuk memperolehi        pulangan balik sebagai keuntungan modal tersebut..Wang ,sebagai modal ,mengusahakan projek untuk memperolehi keuntungan.

3. Status Perjudian dan Pelaburan Dari Kacamata Shariah

Di dalam al-Qur’an telah dijelaskan bahawa berjudi itu adalah haram, firman Allah iaitu  Surah An Nisa : 90 yang terjemahannya :
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, perjudian, penyembahan berhala dan bertenung nasib adalah najis daripada amalan syaitan.  Maka jauhilah kesemua perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan”.

                    Pelaburan ~  Suatu Perkongsian Perniagaan yang diharuskan, Konsep perniagaan yang berasaskan prinsip Musyarakah dan Mudharabah .  Ia diharuskan di dalam shariat Islam, dan merupakan prinsip yang membolehkan perkongsian antara pelabur dan usahawan (entrepreuneur).

  1. Hikmah Pengharaman Berjudi .
Jika Lita lihat bahawa banyak daripada hikmah pengharaman dari berjudi itu sehingga berjudi boleh membawa ketagihan, antara hikmahnya iaitu :
·         Ketagihan boleh menjerumus seseorang untuk bertindak di luar rasional.
·         Di dalam perjudian golongan yang menang amat sedikit
·         Kadangkala yang menang cuma seorang, atau dua tiga orang, manakala yang rugi majoriti. Berjudi boleh melahirkan golongan Mat Jenin
·         Impian kekayaan tanpa usaha adalah mentaliti dan budaya Mat Jenin yang tidak sihat dan berlawanan dengan Islam.
·         Berjudi tidak melibatkan usaha dan titik peluh diri sendiri Ia bergantung kepada kebarangkalian




5..Jenis-jenis / harga saham.
Untuk menhetahui Saham itu berjudi atau pelaburan , mka Kita lihat yang berkenaan jenis-jenis saham, terdapat empat jenis nilai iaitu :

1.       Nilai catatan adalah nilai yang tercatat di atas sijil
2.       Nilai Terbitan adalah nilai saham tatkala penubuhan syarikat atau ketoika penambahan modal yang baru diagdakan.
3.       Nilai sebenar adalah bahagian yang yang sebenarnya yang dimiliki daripada harta bersih syarikat setelah ditolak hutangnya, apabila syarikat mendapat keuntungan dan mempunyai rizab modal maka nilai sahamnya yan sebenar akan naik atau bertambah, dalam keadaan ini menjadi lebih tinggi daripada nilai catatan.
4.       Nilai Pasaran adalah nilai saham di bursa saham yang mengikut permintaan dan penawaran, spekulasi, suasana politik dan ekonomin semasa.

6. Ijtihad Ulama tentang saham.
Para Ulama’ dizaman ini telah banyak mengkaji berkenaan dengan saham ini dan telah berusaha bersungguh untuk memperjelaskan hukun syara’ mengenainya. Kebanyakan mereka mengkajinya dari sudut system syarikat, dari sudut masalah riba dan kadang-kadang menyelitkannya di dalam sesuatu fatwa iaitu sebagai jawaban kepada persoalan yang dikemukakan. Dalam saham ini, mereka terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :

1.       Kumpulan yang mengharuskan secara mutlak tampa memperincikan bentuk-bentuknya yang pelbagai jenis, tetapi mereka tidak menerangkan bagaimana hokum itu dikeluarkan menurut kaedah-kaedah syara’.
2.       Sekumpulan yang lain pula mengharamkan bermuamalah / berurusniaga dengannya.

Disini Kita akan melihat beberapa hujah dari setiap kumpulan tersebut.
1.       Hujjah Kumpulan Pertama.
Pandangan mereka itu ialah berdasrkan bahawa syara’ mengharuskan kita untuk untuk menjadikan jumlah pemilikan sesuatu unit saham dalam modal syarikat sama ada dalam keadaan bersamaan nilainya atau tidak. Bahkan itulah telah berlaku terhadap saham, sama ada bersamaan nilai ( dan inilah yang yang kerap berlaku ) atau berbeza-beza ( ini sebenarnya amat jarang sekali berlaku )
                Penyertaan para pelabur di dalamnya itu terdedah kepada resiko untung atau rugi. Bahkan saham-saham itu sebenarnya adalah  unit-unit bahagian  perkongsian di dalam modal syarikat. Oleh itu, harus hukum penerbitannya sebagaimana yang dikatakan oleh : Dr.Muhammad Yusuf Musa di dalam kitabnya Al- Islam wa musykilatuna al-hadhiroh ( Islam dan Permasalahnnya hari ini ).
                Setiap Ulama’ yang mengahruskan kewujudan dan syarikat saham sama ada dengan syarikat atau tidak, mereka ini mengharuskan  juga penerbitan saham dan peredarannya, mereka menganggap bermuamalah dengannya adalah halal tampa keraguan ( syuhbah ) lagi padanya, antar mereka adalah :
1.Syeikh Muhammad Abduh ( Mufti Mesir ) .2.Syeikh Abdul Wahab Kalab.
3.Syeikh Muhammad Rasyid Ridho.4.Syeikh Muhaamad Syaltut ( Syeik Al-Azhar )
5.Syeik Muhammad Al- Khafif.6.Syeikh Muhammad Abu Zahroh.
7.Syeikh M. Yusuf Musa.8.Syeik Muhammad Al-Khalishi.9. Syeikh Muhammad  
   Baqir Al-Shodri.
                               
                Syeikh Muhammad Syaltut berkata di dalam fatwanya” Adapun saham maka ia adalah satu bahagian daripada modal, memperolehi keuntungan  dan ia menanggung kerugian apabila syarikat mengalami kerugian, maka tidak ada padanya sesuatu yang menyalahi syara’.

2.       Hujjah kumpulan Kedua. ( Yang Mengaharamkan Saham )
       Mereka beranggapan bahawa saham itu adalah seperti berikut:
1. Saham adalah nilai syarikat ketika ia dinilaikan dan
   bukannya nilai modal syarikat ketika ditubuhkan.

2.  Ia adalah satu bahagian yang bukan daripada diri syarikat,
    seumpama kedudukan bon ( sejenis pinjaman ) dalam nilai
    aset syarikat, oleh itu tidak boleh dianggap sebahagian
     daripada modal.

3.  Nilai Saham tidak sama  sepanjang tahun bahkan berbeza-
   beza dan berubah-ubah, oleh itu bukanlah modal yang diberi
   ketika pembentukan syarikat tetapi ia adalah modal yang 
                                             dinilai  ketika ia dijual.

                Oleh itun mereka mengharamkan berurusniaga dengan saham dan memandang bahawa saham itu satu perkara yang haram begitu juga dengan keuntungan daripadanya adalah haram. Pandangan mereka ini dibina berdasarkan bahawa syarikat saham itu sendiri pada asasnya telah batal / tidak betul oleh sebab itu, apa-apa yang berpunca daripadanya perkara yang haram adalah juga dikira haram.

                Pandangan atau analisis Penulis terhadap Saham.
                Jikalah Penulis tajuk ini boleh berhujjah, bahawa pembahasan tentang saham ini samalah seperti pembahasan terhadap syarikat dimana mestilah diambil kira perkara-perkara berkut :

1.Kaedah redho meredhoi dalam sesuat aqad, sebagaimana firman Allah,
    yang terjemahannya iatu :
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan harta diantara kamu menurut cara yang batil / haram kecuali melalui perniagaan yang Kamu redho- meredhoi”.( An-Nisa :29 )

                   2.Harus membuat syarat-syarat perjanjian selagi tidak menghalalkan
                      perkara yang haram mengharamkan perkara yang halal kerana Nabi
                      Muhammad bersabda :
                                                “ Orang-orang Islam bertanggung jawab terhadap syarat
  perjanjian mereka selagi masih dalam perkar yang  
  dihalalkan”.
         3. Berpegang pada aqad dan syarat -syaratnya selagi tidak bercanggah
             dengan syara’ kerana firman Allah, yang terjemahannya iaitu :
            “ Tunaikanlah Janji “ ( Al-Maidah : 1 )

         4. Aqad ( Perjanjian ) mestilah berdasarkan prinsip-prinsip keadilah yang
telah dietapkan oleh Islam dimana tidak berlaku zalim, memudharatkan diri dan orang lain serta tidak boleh dengan kejahilan ( penyembunyian sesuatu ) yangboleh membawa kepada perbalahan, tidak boleh tipu daya, paksaaan dan mengeksloitasi kehendak seseorang , keran firman Allah : yang eretnya :
“ Berlakulah adillah Kamu kerana ia lebih hampir kepada  Taqwa “ ( Al-Maidah : 8 )

       5. Pada asanya sesuatu perkara itu adalah harus hukumnya, ialah
           keharusan asli, aqad itu pada asasnya juga adalah harus selagi tiada nas
          menunjukkan haramnya .

       6. Menjaga  maslahah orang ramai dengan memilih kebanyakan syaratnya
           adalah dalam bentuk yang memudah dan menjamin kesempurnaan
           keperluan-keperluan mereka, sebagaimana firman Allah, ertinya  :
“Allah menghendaki Kamu senag dan tidak mahu menyusah-nyusahkan Kamu “
Selain itu terdapat riwayat hadith yang bermaksud “ Tidaklah Nabi Muhammad SAW itu memilih diantara dua perkara kecuali dia akan memilih yang paling mudah antaranya selagimana ianya tidak menjadi dosa “
Rasullah juga bersabda : “ Janganlah Kamu menekan diri (keterlaluan ) diri kamu nanti Allah akan menekan ( menyusahkanmu ) diri Kamu”.
   7.Mengiktiraf uruf (adat yang Shahih iaitu yang tidak bercanggah
      dengan nas syara’, ia tidak membatalkan mana-mana kewajipan dan
      juga tidak menghalakan perkara yang diharamkan, sesungguhnya Nabi
      Muhammad memperakui uruf yang Shahih di dalam urusniaga seperti
     dalam hal pinjaman, syarikat, tempahan dan sebagainya.

     Terdapat kaedah Syara’ yang mengatakan : yang terkemahannya iaitu :  
     “Adat itu diambil kira di dalam menentukan hukum “
       Dan satu kaedah yang lain :  Sesuatu yang pasti berdasarkan uruf
      seumpama pasti juga berdasarkan nas “
      Kaedah seterusnya “ Dan tidak boleh diingkari perubahan sesuatu 
      hukum dengan perubahan masa “
      Bahkan terdapat banyak hukum syara; digubal berdasarkan kepada 
     uruf, fuqoha’ seterusnya menggariskan “ Bahawa hukum  syarikat itu
      terbina mengikut adat para peniaga “

        8.. Kita hendaklah membezakan antara sah atau batalnya sesuatu itu sama
            ada disebabkan oleh keadaanya sendiri atau disebabkan oleh perkara-
             perkara yang mendatang ( Perkara yang mendatang yang 
             menjadikannya hanya rosak dan bukannya batal ). Oleh itu dapat
            dijadikan sah dengan cara menghilangkansebab yang merosaknya itu
            contohnya sebuat syarikat yang telah menjalankan urusniaga yang
            haram seperti menjual dadah atau terlibat denagn riba, syarikat itu sah
           tetapi urus niaga dengan dadah atau riba itulah batil.

4. Bagaimana dengan Pasaran saham ?.

Dalam sistem ekonomi semasa penyusunan ekonomi memerlukan kepada sebuah system kewangan yang mantap dan dinamik, Sistem kewangan yang meliputi pengurusan penawaran wang  dan mempengaruhi permintaan kepada wang secara positif akan dapat memberi kesan yang mendalam kepada peruntukan sumber-sumber dan prestasi agregat sesebuah ekonomi tersebut, Prestasi agregat termasuklah penentuan jumlah paras pengeluaran pendapat, guna tenaga dan harga dalam sesebuah ekonomi.
                Di dalam sistem kewangan terdapat institusi kewangan.seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat keuangan bukan bank, syarikat insuran, pasaran modal ( saham ), pasaran komiditi dan sebagainya, institusi-institusi tersebut adalah financial intermediares yang mengembleng peleburan dari sumber atau kumpulan yang memiliki modal lebihan untuk dilabur di institusi kewangan.
Adapun tugas dari institusi kewangan iaitu menyalur kepada sector ekonomi yang memerlukan modal untuk menjalani kegiatan ekonomi, kepentingan dari sector kewangan dengat itu sangatlah jeklas dalam memesatkan pertumbuhan kegiatan ekonomi, oleh itu system kewangan yang dinamik akan dapat menyumbang  secara positif kepada pertumbuhan ekonomi  kerajaan atau negara.
Jika Kita analisis bahawa Pasaran saham sebagai salah satu institusi kewangan jelas mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara atau kerajaan diataranya iaitu :

1.       Pasaran saham membantu proses pembangunan ekonomi melalui mobilisasi dana jangka panjang dari masyarakat yang melabur untuk membiayai kegiatan program pembangunan sector awam dan pelaburan swasta.
2.       Pasaran saham mempromosikan keusahawanan sector sector swasta melalui penyediaan modal dengan jumlah yang menggalakkan untuk sector swasta membuat pelaburan korporat dan pembesaran kegiatan ekonomi mereka.

 Pasaran saham sebagai institusi pengantara yang mantap dan dinamik sudah pasti memiliki daya tarik kepada masyarakat dalam dan luar negara untuk melabur dalam pembelian saham terbitan tempatan, Jumlah nilai dagangan yang bertambah besar akan menambahkan  lagi dana untuk peluang firma tempatan mengembangkan kegitan ekonomi mereka, oleh itu usaha untuk meningkatkan  pembesaran dan pengemaskinikan perdagan saham, semoga penarik pelabur adalah usaha yang perlu secara berterusan.
Jika Kita lihat dari salah satu cirri penting yang perlu ada dalam pasaran saham adalah kestabilan harga-harga saham yang diperdagankan, pengaruh negatif sama ada yang diwujudkan oleh factor dalam negara dan juga kuar negara perlu sentiasa diellakkan. Kejayaan mewujudkan kemantapan, pasaran saham adalah petanda positif dalam pembanguna ekonomi negara.





5.Apakah Islam Menyuruh untuk melaburkan Modal ?

Islam menggalakkan umatnya melabur modal  dalam kegiatan ekonomi, adalah tuntutan yang mesti menjadi satu budaya dalam masyarakat Islam, mengikut Islam harta yang dimiliki perlu disalurkan untuk kepentingan umum, pelaburan tersebut jelas dapat menyahut keperluan tersebut.
Prinsip penyaluran harta tersebut untuk kegiatan ekonomi adalah untuk memanfaatkan harta seseorang tersebut, untuk kebajikan masyarakat keseluruhannya melalui pencetusan kegiatan ekonomi, bagi Islam harta yang dimiliki oleh seseorang itu adalah  amanah Allah, untuk pemilik tersebut mengguna dsemi kepentingan dirinya dan masyararakat, dengan wujudnya institusi pasaran saham tersebut dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa ia adalah institusi untuk umat Islam yang melibatkan harta mereka dalam menyalurkan harta tersebut kepada kegiatan ekonomi.

Untuk itu semua, Kita sebagai umat Islam mesti dan perlu peka untuk memahami kepentingan institusi pasaran saham, dan perlu memahami kepentingan institusi pasaran saham dan mendalami bagaimana institusi tersebut perperanan dan mampu turut serta secara aktif sebagai pelabur. Usaha-usaha mewujudkan amanah saham sebagai institusi untuk menarik masyarakat umum dam berpendapatan  rendah dan tidak arif dalam kegiatan amalan  pasaran saham adalah  usaha untuk menggemblengkan harta golongan pendapatan rendah dan sederhana melibatkan diri merekan dengan pelaburan dalam pasaran saham.

Amanah saham adalah  satu institusi pelaburan yang membolehkan sesebuah syarikat pengurusan tabungan untuk membuat pelaburan-pelaburan bagi pihak-pihak indivvidu dan istitusi-institusi, tampa kewujudan institusi amanah saham, amalan pelaburan saham secara besar-besaran akan hanya dapat dimanfaatkan oleh institusi, individu dan keluarga yang kaya serta profesional sahaja.
Dengan kemudahan penyediaan mekanisme untuk melabur dan bagaimana pentingnya Islam melihat uasaha menabung dan seterusnya melabur, tabungan umat Islam sepatutnya dapat dapat dipertingkatkan demi memperkukuhkan ekonomi umat Islam, harus juga diberi perhatian bahawa rata-rata masyarakat Islam berpegang teguh kepada pendirian mereka dengan tuntutan agama dalam menjalani kegiatan ekonomi termasuk kegiatan melabur dalam pasaran saham.

Kita mengetahui bahawa Isalam memiliki prinsip kawalan yang lengkap untuk mengawal, semoga kegiatan pelaburan tidak bercanggah dengtan syariat Islam. Bagi Islam mana-mana pelaburan, termasuk pelaburan saham dalam sesebuah syarikat, ia dapat dianggap bersesuaian dengan Islam, apabila ciri-ciri berikut dipenuhi .

Ciri-ciri Pelaburan Saham yang bersesuaian dengan Islam diantaranya :
1.       Kegiatan aktiviti 2 ekonomi syarikat berkenaan tidak bercanggah dengan Islam.
2.       Sumber biaya pelaburan tidak mengandung sumber riba.
3.       Tidak wujud unsure perjudian dalam mekanisme kegiatan pelaburan terbabit
4.       Tidak terdapat unsur manipulasi pasaran atau sifat penindasan yang seterusnya mempengaruhi harga sesuatu saham untuk kepentingan diri danistitusi terbabit.

                 Dengan adanya  ciri-ciri Pelaburan Saham tersebut, umat Islam harus menyedari akan pentingnya ekonomi Islam yang bertambah maju dan berkembang  dalam usaha mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

6.  Penutup.

            Demikianlah tulisan ini dibuat  dengan sedikit maklumat yang terhad   tentang, saham : pelaburan atau perjudian, maksud daripada pasaran saham dan perlukah umat Islam untuk melaburkan moda ( bersaham ) dan lainnya, dengan harapan dapat difahami walaupuan ada kekurangan dan kesalahan dari penulisan ini, dan Penulis mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian atau tambahan maklumat oleh teman-teman, khususnya dari pensyarah, sehingga dapat menjadi lengkap dan menambah pengetahuan dan wawasan Kita amin.








RIBA, ZAKAT DAN RASUAH

1. RIBA .1.2. Sejarah Riba.
Letak geografis daratan Arab di antara Eropa dan Afrika dan antara India dengan Cina akan menjadikan aktifiti perdagangan penduduk daratan ini sudah  maju untuk keadaan waktu itu. Demikian pula sistem perdagangan yang telah mereka lakukan sebagaimana diwahyukan oleh Allah Swt dalam Surat Quraisy dan dapat dibaca dalam berbagai lirteratur sejarah dunia. Disamping itu mereka telah mengenal pula sistem riba dalam aktifiti jual beli (perdagangan) tersebut. Hal ini tidak menghairankan kerana sistem riba tersebut memang telah berlaku sebelumnya. Peradaban Mesir kuno, Yunani dan Romawi telah mengetahu sistem ini bermula 2500 tahun SM. Kemudian mula tahun 2000 SM, penduduk Mesopotamia (daerah Irak sekarang) telah mula menggunakan sistem riba ini. Pada 500 tahun SM, Temple of Babilon telah pula menggunakan sistem ini dengan menggunakan riba sekitar 20% per tahun. Dengan demikian dapatlah diketahui bahawa sistem riba ini telah dilakukan jauh sebelum kerasulan Muhammmad SAW.

1.2. Pengertian Riba.Dalam Bahasa arab, riba ertinya adalah ad- ziadah (tambahan). Yang dimaksudkan adalah tambahan, maksud di sini adalah tambahan atas modal samaada sedikit mahupun banyak. Sebagaimana firman Allah Swt:
  • Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dikutip) jika kamu orang-orang yang beriman. Surat Al Baqarah (2) : 278
  • Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surat Al Baqarah (2) : 279.
  • Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surat Ar-Ruum (30) : 39
Ayat di atas  menjelaskan bahawa selebihnya dari asal harta adalah riba,
samaada sedikit mahupun banyak.

1.3. Riba Zaman Jahiliyyah.Pada zaman Jahiliyyah, riba terkenal dengan dua bentuk iaitu riba nasi'ah dan riba fadhl:
* Riba Nasi'ah
1. Menurut Qotadah, riba nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu sehingga terhad masa  tertentu. Apabila terhad masa itu selesai sedangkan pembelinya belum juga dapat melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan masanya diundurkan lagi.
2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang punya hutang bercakap kepada pemilik uang, "Hutang saya akan saya bayar "berapa" dengan syarat anda mengundurkan masanya kepada saya". kemudian orang itu mengundurkan masanya.
3. Abu Bakar Al Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.
4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riban nasi'ah itulah yang terkenal di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan uangnya kepada orang lain dengan masa waktu, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau tidak dapat memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya diundurkan".

*Riba Fadhl.Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata uang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.
Abu Said Al Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, bur dengan bur, syair dengan syair, korma dengan korma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam,. Siapa yang menambah atau meminta tambah maka ia telah malakukan praktek riba, sama ada yang meminta mahupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. HR. Asy Syaikhan.
Dari Abu Said Al Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa korma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana korma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya korma yang buruk lalu kami jual barter dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda: "Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mau membeli, juallah dahulu kormamu itu kemudian kamu beli korma yang kamu inginkan. Muttafaq 'alaih
Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbezaan kualitas barang sejenis yang dipertukarkan sehinga jual beli  tersebut digolongkan riba. Rasulullah memerintahkan untuk menjual dulu korma yang akan dipertukarkan dan uangnya digunakan untuk membeli korma yang lebih bagus. Ini semua diamanatkan oleh Rasulullah untuk menjauhkan ummatnya sejauh mungkin dari bayangan perbuatan riba. Begitu pahamnya perasaan Rasulullah dari bayangan riba dalam berbagai perbuatan di dalam ekonomi kemasyarakatan dan hikmahnya. Beliau berhasil memecah penyakit riba yang telah mendarah daging di zaman jahiliyyah.

1.4. Hukum Riba.Allah berfirman :
  • Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Al Imran (3) : 130
  • Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir. .Al Imran (3) : 131
  • Dan taatlah kepada Allah dan Rasul supaya kamu diberi rahmat. Al Imran (3) : 132
  • Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Al Imran (3) : 133
  • (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan Al Imran (3) : 134
Dalam usaha menghilangkan bunga, dewasa ini banyak orang yang mengatakan bahwa riba yang diharamkan adalah yang ad'afan mudha'afah sedangkan riba yang sedikit (8% atau 10%) tidak termasuk dalam larangan ini. Pengertian ad'afan mudha'afah adalah suatu keterangan dari suatu kejadian, bukan suatu syarat yang berhubungkait dengan hukum. Bagi mereka yang memiliki rasa indah terhadap bahasa Arab tentu sudah maklum apalagi bagi yang memahami sistemnya. Sesungguhnya keterangan seperti itu untuk riba ad'afan mudha'afah dan dibawakan untuk menjelaskan suatu fakta yang juga mengungkapkan kejelekan.
Disamping itu pengertian besar kecilnya bunga sangat relatif. Berapa ukuran yang bisa dipakai sebagai standar besar kecilnya bunga ? Menurut Dr. Muhammmad Abdullah Darraz Rahimahullah, arti lafazh ayat 130 dari surat Ali Imran tersebut, secara lahiriah yang dimaksud dengan "adh'af" itu bisa mencapai 600%. Keranana kata "adh'af" adalah bentuk jamak (dalam bahasa Arab, jamak itu sedikitnya 3).
Nash yang tertera dalam surat Al Baqarah menyatakan dengan tegas bahwa asal muasal sistem riba mutlak haram hukumnya, tanpa batas dan ikatan apapun. Allah Swt dengan tegas memperingatkan:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dikutip) jika kamu orang-orang yang beriman. Surat Al Baqarah (2) : 278
Mahasuci Allah yang telah menjadikan sunnah pengharaman dalam Islam itu untuk melarang hal-hal yang dikhawatirkan orang akan terjerumus lebih dalam lagi. Islam juga menutup rapat semua pintu yang ada kemungkinannya dapat dimasuki oleh hembusan yang bersifat merosak. (Lihat : larang berzinah, minuman keras dan judi).
         Setelah dikeluarkan larangan makan riba dan peringatan keras dari siksa api neraka (yang disediakan untuk orang kafir), juga diberikan amaran agar bertaqwa kepada Allah dan mengharapkan rahmat dan kemenangan. Dalam ayat-ayat di atas dijelaskan mengenai orang yang bertaqwa yaitu "orang yang menafkahkan hartanya baik ketika senang maupun susah. Mereka adalah sekelompok orang yang berdiri berhadapan dengan orang yang memakan riba berlipat-lipat ganda. Sifat-sifat lain dari orang bertaqwa itu adalah :
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya, sedangkan mereka mengetahui. Al Imran (3) : 135.

1.5. Akibat Riba

Banyak sekali masalah akibat dari riba, sebagaimana firman Allah :
  • Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu. (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Surat Al Baqarah (2) : 275
  • Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa .Surat Al Baqarah (2) : 276.
  • Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dikutip) jika kamu orang-orang yang beriman. Surat Al Baqarah (2) : 278
  • Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu asal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surat Al Baqarah (2) : 279.
  • Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berlapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Surat Al Baqarah (2) : 280.
  • Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya. Surat Al Baqarah (2) : 281
  • Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surat ArRuum (30) : 3

           Setelah kalimat terakhir dari ayat 279 surat Al Baqarah di atas turun, Rasulullah memerintahkan kepada wali Mekkah untuk memerangi kabilah bani Al Mughirah bila mereka tidak segera menghentikan praktek ribanya. Rasulullah pun memerintahkan agar segera menghapus riba dari punca para peminjam yang selama ini menanggung beban bunga yang sangat besar. Rasulullah bersabda:
            "Semua bentuk riba jahiliyyah terletak di bawah telapak
             kakiku ini, dan   yang pertama aku hinakan adalah ribanya 
              Al Abbas"
        Tidak ada peringatan keras yang diancamkan dalam bentuk perkataan dan artinya seperti terhadap pelaku riba di dalam ayat-ayat di atas dan pada ayat-ayat lainnya. Kita semua harus menyedari hakikat ini dengan sebenar dan meyakini maklumat perang dari Allah dan rasul-Nya kepada masyarakat pelaku sistem riba. Orang-orang yang memakan riba bukan hanya mereka yang memakan bunga uang riba sahaja tetapi semua masyarakat yang seronok dalam sistem tersebut.
 Jabir bin Abdullah Ra. berkata :
                    "Rasulullah Saw melaknat pemakan riba dan yang
                      memberi makan riba, juga saksi dan penulisnya".
                     HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Attirmidzi
       Ini terjadi dalam praktek riba individu. Sedangkan dalam masyarakat yang ditegakkan seluruhnya di atas sistem riba maka seluruh masyarakat itu dilaknat dan diancam dengan maklumat perang dari Allah dan rasul-Nya. Mereka terkutuk dari rahmat-Nya tanpa diragukan lagi.
            Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi secara murni. Banyak pakar ekonomi dan politik berkeyakinan bahwa krisis ekonomi dewasa ini sebagian besar diakibatkan oleh bunga sistem riba. Ekonomi dunia tidak akan membaik jika suku bunga tidak diturunkan sampai titik nol. Diantara ahli ekonomi yang menyerang sistem riba ini adalah Dr. Schat (Direktur Bank Sentral Jerman dimasa pemerintahan Nazi). Menurut pendapatnya, dengan menggunakan ilmu hitung (yang tidak berkesudahan) ternyata semua harta kekayaan yang ada di muka bumi ini cepat atau lambat akan mengalir ke kantong segelintir para lintah darat. Ini disebabkan karena pemberi pinjaman dengan riba akan selalu memperoleh keuntungan dalam semua kegiatannya. Sedangkan orang yang meminjam bisa untung juga bisa rugi. Dari sinilah semua harta kekayaan akan mengalir ke kantong orang yang selalu untung. Kondisi ini telah dialami oleh banyak (hampir seluruh) negara sedang berkembang yang semakin hari semakin sulit untuk dapat melunasi hutang luar negerinya, bahkan hanya sekedar membayar bunganya saja. Sehingga hutang mereka semakin membengkak. Bagi orang yang mengamati hukum Islam dengan cermat dan akan mengetahui dan yakin bahawa Allah tidak mungkin mengharamkan yang baik dan bermanfaat kepada manusia.
"...... Allah menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baikdan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka .... Al A'raf (7) : 157

2.ZAKAT..2.1. SEJARAH.
Setelah Allah menyampaikan jeleknya riba dan ancaman terhadap pelakunya, kemudian dibentangkan-Nya undang-undang shodaqah yang dihiasi dengan kemurahan, kesucian, pembersihan dan perwujudan sikap tolong menolong dan gotong royong. Allah mengutarakan dasar-dasar dari sistem kemasyarakatan dan sistem ekonomi yang diinginkan-Nya.
Shadaqah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, menuntut kembalinya uang pinjaman berikut bunganya yang diharamkan, yang dikutip dari usaha lelah orang yang meminjamnya atau dari darah dagingnya. Disamping shodaqah yang sifatnya sukarela dan tanpa had tertentu, Allah pun telah menjadikan zakat sebagai kewajiban dari harta dalam had / batas tertentu.
Kepada hamba-Nya, Allah pun mensyaratkan untuk bekerja keras dalam mengembangkan harta dengan cara yang tidak merugikan orang lain. Peredaran harta diusahakan oleh ramai orang pada berbagai bidang yang seluas-luasnya.
Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja diantara kamu. Surat Al Hasyr : 7
        Kepada mereka juga dijelaskan cara pengembangan harta yang benar, iaitu :
......Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).Surat Ar-Ruum(30): 39
Inilah cara yang terjamin untuk melipatgandakan harta yakni memberi tanpa mengharap imbalan, tanpa menunggu balasan dari orang lain, tetapi yang diharap hanya keridhaan Allah Swt.
Sesungguhnya zakat merupakan kaidah masyarakat gotong royong dan tolong menolong yang diharapkan. Dikalangan umat Islam sendiri masih 5ramai orang yang penat dengan sistem zakat sehingga ramai yang menganggap bahawa zakat hanya merupakan suatu kebaikan pribadi dan tidak dapat dijadikan landasan sistem modern. Padahal zakat semestinya dikutip oleh pemerintah sebagai kewajiban yang harus ditunaikan oleh warganya. (Baca : tentang perintah Abu Bakar Ra. - khalifah kedua - untuk memerangi masyarakat yang tidak mahu membayar zakat). Uang zakat ini digunakan untuk menyokong orang-orang yang kebetulan kekurangan sarana khasnya dari jamaah kaum muslimin sehingga setiap orang merasa terjamin kehidupannya dalam segala hal. Orang yang tidak kekuatan melunasi hutangnya
Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berlapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Surat AlBaqarah (2) : 280.
Dalam nash lain  dijelaskan bahawa orang yang mendapat kesukaran kerana tidak dapat melunasi hutangnya maka dia diberi keringanan / ruhsoh untuk menutup hutangnya itu dari uang zakat kaum muslimin.
Sesungguhnya shadaqah (zakat) itu hanyalah untuk orang yang fakir, orang miskin, pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk memerdekakan budak, orang-orang yang berhutang,............ ( At Taubah    9  : 60 )
2.2. Pengertian Zakat.
Dari segi fikih, zakat : sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah diserahkan kepada orang-orang yang berhak "disamping bererti" mengeluarkan sejumlah tertentu itu sendiri
Sebagai rukun Islam yang bersifat ibadah dan sosial, kewajiban zakat sering diikutkan dengan kewajiban shalat. Zakat adalah salah satu jenis kutipan yang Islami atas kekayaan seseorang, ia dikumpulkan dari orang-orang kaya dan digunakan untuk orang miskin.

2.3.Hukum Zakat.
Ancaman bagi yang tidak berzakat mendapat hukuman di dunia : "Golongan yang tidak mengeluarkan zakat akan ditimpa kelaparan dan kemarau panjang" (Hadits Thabrani) "Jika zakat itu bercampur dengan kekayaan lain maka kekayaan itu akan binasa" (Hadits Bazzar)
Ancaman hukuman di akhirat :
"Siapa yang dikaruniai oleh Allah kekayaan tetapi tidak mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti akan didatangi ular jantan gundul yang sangat berbisa dan menakutkan dengan dau bintik di atas matanya, lalu melilit dan mematuk lehernya sambil berteriak, "saya adalah kekayaanmu yang engkau timbun-timbun dulu". Kemudian Nabi membaca surat Ali Imran ayat 183
Hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat diperangi, Hadits Riwayat Bukhari Muslim, diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Saya disuruh untuk memerangi mereka, kecuali mereka sudah mengikrarkan sahadat bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya, mendirikan sholat, membayar zakat. Bila mereka sudah melaksanakan hal itu maka darah mereka sudah memperoleh pelindungan dari saya, kecuali oleh karena hak-hak Islam lain, yang dalam hal ini perhitungannya diserahkan pada Allah".

2.4. Syarat-syarat Wajib Zakat.
  • Muslim, Aqil dan Baligh
  • Memiliki harta yang mencapai Nishab

2.5. Syarat-Syarat Harta Yang Wajib di Zakati.
1.Milik Penuh (Almilkuttam) Harta yang dimiliki secara penuh ertinya
pemilik harta tersebut
   memungkinkan untuk mempergunakan dan    mengambil manfaatnya 
   secara penuh, kerana berada dalam kawalan dan kekuasaannya.
2.Berkembang (An- Nama') Harta yang berkembang ertinya harta tersebut
   dapat bertambah atau berkembang bila diusahakan atau mempunyai
    potensi untuk berkembang
3.Cukup Nishab, Nishab ertinya harta yang telah mencapai jumlah
   tertentu sesuai dengan   ketetapan syara', sedang harta yang tidak sampai
   pada nishabnya terbebas dari zakat.
4.Lebih dari keperluan Asas (Alhajatul Ashliyah) Keperluan Asas adalah
  keperluanminimal yang diperlukan seseorang dan atau keluarga yang
  menjadi tanggungannya, untuk kelangsungan hidupnya. Artinya apabila
  keperluan  tersebut tidak terpenuhi,   maka yang berhubungkait  tidak
  dapat hidup secara layak. Keperluan tersebut seperti  keperluan  primer
  atau keperluan hidup minimum misalnya  keperluan sehari-hari,
   pakaian, rumah, kesehatan, pendidikan .
5.Bebas dari Hutang Orang yang mempunyai hutang sebesar atau
   mengurangi senishab yang  harus dibayar pada waktu yang sama (dengan
   waktu mengeluarkan zakat), maka harta tersebut terbebas dari zakat.
6.Berlalu Satu Tahun (Al Haul) Maksudnya adalah bahwa pemilikan
   tersebut sudah berlalu satu tahun. Persyaratan ini hanya berlaku bagi
   ternak, harta simpanan dan perniagaan. Sedang hasil pertanian, buah-
   buahan dan rikaz (barang temuan) tidak ada syarat haul


2.5. Dasar Syar'i Kewajiban Zakat.
Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang ketiga. kata zakat dalam Al-Qur'an sentiasa diikutkan dengan sholat yang merupakan lambang hubungan vertikal dan horisontal seorang hamba kepada Robbnya dan kepada sesama manusia, yang dilukiskan tidak kurang dari 82 kali, diantaranya:
"Dan orang-orang mu'min itu samaada lelaki, mahupun perempuan sebagian menjadi pemimpin bagi yang lain saling menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat, mendirikan sholat membayar zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka tentulah akan beroleh karunia Allah." (QS At-Taubah [9] : 71)

2.6.Jenis-jenis Zakat
1.Zakat Nafs ( Jiwa ), juga disebut zakat fitrah
Berkata Ibnu Qutaibah :
Yang dimaksud zakat fitrah adalah zakat ( shadaqah ) jiwa, ( istilah ) itu diambil dari kata ' fitrah ' yang merupakan asal dari kejadian.
( Fathul Barie Juz 3 hal 366 )
Hadits Nabi SAW :
Dari Ibnu Umar ra : Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah 1 ( satu ) dari kurma atau gandum atas budak, orang merdeka, lelaki dan perempuan, anak kecil dan orang tua dari seluruh kaum muslimin. Dan beliau perintahkan supaya dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat ( ied ) .( H.R. Bukhari )

2.Zakat Maal.Zakat yang dikenakan atas harta (maal) yang dimiliki oleh seorang atau lembaga dengan syarat - syarat dan ketentuan - ketentuan yang telah ditetapkan . Istilah Zakat profesi yang sebelumnya tidak ada di masa Rasulullah SAW, dimasukkan dalam salah satu bagian zakat maal ini.

2.7.Kepada Siapa diwajibkan.1.   Muslim . 2. Dewasa.    3. Berakal   4.    Mencapai Nishab

2.8. Ancaman dan Hukuman Bagi yang Meninggalkannya.
Sungguh hebat ancaman siksa bagi orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, sebagaimana tersebut di dalam Al-Qur'an:
"Orang-orang yang menyimpan Mas dan Perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, berilah kabar gembira akan mendapat siksa yang amat pedih, yakni di waktu Mas dan Perak itu dibakar di dalam neraka jahanam, kemudian disetrikakannya dikening/jidat, pinggang dan punggung mereka. (Dan dikatakan kepada mereka) Inilah harta yang kamu simpan buat dirimu itu, maka rasakanlah hasil simpananmu (dari apa yang engkau tidak nafkahkan /zakatkan)" (QS At-Taubah 9  : 34-35)
-Hukumnya:1.  Keluar dari Agama (kufur) bila zakat diingkari.
                        2.  Berdosa bila enggan mengeluarkan zakat tapi mengakui
             wajibnya dan hakim  hendaknya menta’zir dan mengambil zakat
                            itu secara paksa.
                             3.Diperangi sampai bersedia menyerahkannya bila suatu golongan 
                       tak hendak mengeluarkannya dan mempunyai tentara. (Fiqih
                             Sunnah jilid I hal, 281-282)

2..9. Kepada Siapa Dibagikan ( Mustahiknya )
Yang berhak menerima zakat itu ada 8 (delapan) golongan, semuanya tercakup dalam firman Allah SWT:
"Hanyalah Zakat itu adalah buat orang-orang fakir dan orang-orang miskin, para amilin, orang-orang muallaf, budak belian yang akan dibebaskan, orang-orang yang diutang dan guna keperluan di jalan Allah, serta orang-orang yang dalam perjalanan. Hal itu merupakan suatu kewajiban dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS At-Taubah [9] : 60)

2.10. Nishab, Haul, Kadar Zakat.

Nishab ialah jumlah minimal harta kekayaan yang dimiliki     oleh seseorang yang karenanya dikenakan wajib zakat.
·         Haul ialah jenjang waktu dikenakannya seseorang wajib
       menunaikan Zakat.
·         Kadar Zakat ialah besarnya zakat yang harus ditunaikan.

2.11. Hikmah/Manfaatnya
o             Pembersih diri dan harta dari hak Allah SWT
o             Menyuburkan sifat kebaikan kebaiakan kepada umat.
o             Mengembangkan harta
o             Menegakkan keadilan sosial dalam meningkatkan harkat dan
                                martabat    ummat.
o             Sebagai rasa syukur terhadap nikmat rizki yang telah diberikan.
o             Sumber dana Da'wah dan Jihad Fisabilillah.
o             Syarat diterima pahala puasa seseorang.
o             Mensucikan orang yang berpuasa dari perbuatan dan perkataan
                                keji  dan kotor.
o             Rancangan perekonomian Islam dan pengentasan kemiskinan.

 3. RASUAH.3.1. Pengertian Rasuah.
Rasuah iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)
   Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah / suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, suapaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

3.2. Hukum Rasuah. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)
         Dari Hadith di atas adalah hadith yang menunjukkan hukum rasuah, pemberi dan penerimanya dan juga  terdapat di dalam al-Quran, Firma      Allah Taala:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
       Di dalam hadith lain:
  • Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (HR al-Bazzar & Abu Ya'la)
Di dalam sebuah hadis lain:
  • Dari Thauban katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad danHakim ).
  • Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat orang Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (HR Malik)

3.3.Jenis-jenis rasuah: Dari pengertian  di atas, dapat kita bahagikan rasuah itu kepada tiga jenis, iaitu:
Jenis pertama: Sesuatu yang dengannya menyampaikan kepada mengambil sesuatu tanpa hak, seperti sesuatu yang disogok oleh seseorang kepada pemerintah / penguasa atau pihak yang bertanggungjawab untuk memperolehi pengguguran terhadap sesuatu yang semestinya ditunaikan, atau kerana mahu mendapatkan sesuatu sebelum tiba masanya, atau kerana mahu melariskan pengedaran barangan yang telah rosak atau sebagainya. Ini adalah dari jenis rasuah yang paling teruk dan besar dosa dan mudaratnya kepada masyarakat Islam dan selain Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
(Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)
      Sebagai orang asing dia semestinya mempunyai visa ketika berada di Malaysia, tetapi dia menyogok kepada pihak yang berwajib untuk melepaskan kewajipan ini dari dirinya. Sepatutnya projek A di luluskan selepas mendapat kelulusan dan persetujuan dari beberapa pihak, tetapi syarikat B telah menyogok wang kepada mereka yang berkenaan agar projek itu diberi kelulusan segera. Barangan yang telah luput tarikhnya atau yang tidak menepati standard yang dikehendaki, sepatutnya tidak boleh diberi kelulusan untuk diedarkan kepada pengguna. Namun pihak pengeluar telah menyuap pihak yang berwajib agar diberi kelulusan pengedaran.

Jenis kedua: Iaitu sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemiliknya sebagai tindakan balas dendam kerana cemburu, dengki dan lainnya. Jenis ini ada kemiripan dengan jenis yang ertama, malahan ia boleh dimasukkan ke dalam jenis berkenaan. Apakah ada perbuatan yang lebih zalim lagi selain dari perbuatan menganiaya seorang saudara terhadap saudaranya yang lain dengan cara di atas? Ya, memang tiada perbuatan yang paling zalim, keji, runtuh akhlak, pemalsuan selain dari memakan harta manusia dengan cara yang batil dan keji. Ia tidak akan dilakukan melainkan oleh orang-orang yang keji, mati hatinya dan sesat pegangannya di dunia. Di dunia ini, tiada sesuatu yang paling hina, keji dan jahat melainkan mereka yang curang dari kalangan pemerintah, penguasa dan pihak berwajib kerana menyia-nyiakan amanah yang diberikan, melenyapkan hak seseorang dari pemiliknya. (Ibid., hal. 613) Kerana persaingan yang hebat, maka A menyogok pihak yang bertanggungjawab agar mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat B. Kerana cemburu dengan kejayaan keluarga A, maka C telah menyogok agar permohonan bantuan pinjaman oleh anaknya yang belajar di Univerisiti dibangkusampahkan.
 
Jenis ketiga:Iaitu sogokan yang diberikan untuk memperolehi satu-satu jawatan atau pekerjaan (&projek, kontrak dsbnya ). Hukumnya adalah haram dengan ijmak umah, sebagaimana jenis pertama dan kedua. Dan, samada pemberi rasuah, penerima dan perantaranya, mereka akan memperoleh dosa yang sama.
(ibid.) Lebih-lebih diharamkan lagi ialah apabila seseorang itu menyogok untuk memperoleh satu jawatan yang dia tidak mempunyai kelayakan. (ibid.) A tidak mempunyai kelayakan untuk menjabat jawatan C, tetapi kerana ayahnya seorang yang berharta maka pihak yang berkenaan disogok jawatan berkenaan diberikan kepada A. Syarikat A sepatutnya bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan tender kontrak/projek, tetapi syarikat A telah menyogok sebahagian pegawai yang bertanggungjawab. Syarikat A mendapat kontrak berkenaan.
        En. A adalah salah seorang pegawai yang bertanggungjawab meluluskan standard bangunan atau jambatan di jabatan X. Dalam suatu  pemeriksaan yang dilakukan di tapak binaan jambatan kg B, di dapati boleh diluluskan. Dan syarikat C yang bertanggungjawab menjalankan projek berkenaan telah menyogok En. A dengan sejumlah wang. Lalu.. Projek berkenaan telah diluluskan.

3.4. Bagaimana Hukum rasuah kerana menolak mudarat atau mengembalikan hak yang hilang "Kadangkala seseorang itu terpaksa menyogok sejumlah wang kepada pemerintah / penguasa yang keji atau pemeras yang zalim untuk mengelakkan mara bahaya dari keluarganya. Di mana jika dia tidak menyogok, musibah /  bahaya itu memang benar-benar akan berlaku. Ketika itu apa yang perlu dilakukan?
Atau kadangkala dia mempunyai hak tertentu, tetapi hak itu tidak akan diperolehi kecuali selepas membayar sejumlah wang. Ketika itu apa yang mesti dilakukan?
Apakah dia perlu mendedahkan diri dan keluarga kepada mara bahaya yang akan datang? Dan apakah di perlu membiarkan haknya itu hilang dan terlepas kerana takutkan dosa rasuah? Atau apakah dia perlu membayar sejumlah wang untuk tujuan memelihara diri dari mudarat atau mengambil hak yang sepatutnya diperolehinya?
Jawapannya: Wallahu a'lam… Apabila musibah / bahaya yang akan datang itu diperkirakan amat dahsyat sehingga tidak sanggup ditanggungnya, atau haknya yang akan hilang itu tidak akan menjejaskan dengan teruk kehidupannya, maka ketika itu dihukumkan dengan hukum darurat/terpaksa sebagaimana dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak. Bolehlah membayar sogokan itu kepada penguasa yang zalim itu dengan maksud mahu memelihara diri dari kemudaratan. Dosa dikenakan kepada penerima sogokan itu sahaja, tidak kepada penyogok yang dizalimi." 

3.5. Bagaimana Hadiah kepada hakim dan penguasa
Hakim, penguasa atau sesiapa sahaja yang mempunyai kekuasaan wajibah berhati-hati dari menerima hadiah yang diberikan dia dia sedang memegang jawatan berkenaan. Kewajipan berhati-hati apabila dia meragui tentang niat di sebalik hadiah yang dihulurkan. Niat mahu mendekatkan diri mereka kepadanya atau niat untuk memperoleh sesuatu berbentuk kebendaan atau maknawi dan seumpamanya. Niat-niat begini tidak dapat disorokkan. Hadiah-hadiah berkenaan mampu mempengaruhi seseorang yang berkuasa dalam membuat keputusannya. Dan haram menerima hadiah berkenaan jika di ragui ia adalah sebagai perantara untuk memperoleh sesuatu.  Terkecuali… Hadiah-hadiah yang dihulurkan sebelum dia menjabat jawatan tertentu oleh rakan-rakan,  kaum kerabat dan jiran-jirannya.  Jelaslah bahawa hadiah yang dihulurkan ketika dia memegang jawatan tertentu adalah haram diterima jika diragui (zhan) ada niat serong disebaliknya. Untuk menetapkan ia tidak boleh diterima hendaklah menggunakan keraguan sahaja tidak semestinya dengan keyakinan.

3.6.Beza antara rasuah dan hadiah
Adalah penting untuk mengelakkan diri dari terkeliru dalam menentukan apakah ia rasuah atau hadiah.
Rasuah ialah hadiah yang dihulurkan kepada seseorang yang mempunyai kuasa tertentu bertujuan untuk membatalkan hak seseorang, atau menetapkan hak yang tidak sepatutnya, atau untuk memperolehi jawatan atau pekerjaan yang tidak selayaknya.
Hadiah  ialah: Harta yang dihulurkan bertujuan mendekatkan seseorang dengan saudaranya yang lain kerana cinta dan kasih, atau supaya mereka dapat bantu membantu atas kebaikan dan takwa, atau untuk menjadi rakan kongsi dalam suka dan duka - tanpa ada di sebaliknya itu suatu niat rasuah.
Kita memberi hadiah kepada sahabat kita kerana mahu mempereratkan tali silatul rahim, agar dengan itu dia dapat bantu-membantu di dalam urusan iman dan Islam atau dapat berkongsi perasaan ketika suka dan duka.  
      Dengan penjelasan di atas, kami kira kemusykilan yang dihadapi  oleh salah seorang saudari kita dari Paka, Terengganu telah terjawab. Pertanyaan kepada pihak al-ahkamonline yang lebih kurang berbunyi: jika ada orang yang bekerja dengan sebuah syarikat multinasional di Malaysia sebagai Pegawai yang bertanggungjawab dalam soal pembelian melalui tender dan kontrak.  Dalam menjalankan kerja seharian ramai kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang menjadi kawan.  Ada yang mengajak makan tengahari, ada yang memberi saguhati berupa pen, topi, dairi, kalendar.  Ada yang menganjurkan seminar dan membayar segala perbelanjaan perjalanan, hotel dan lain-lain.  Ada yang memberi pinjam kereta dan bermacam-macam khidmat percuma lagi.
        Pertanyaan :
      1.    Adakah semua ini dikategorikan sebagai rasuah dan tidak  dibolehkan oleh  
          syarak ?
2.        Jika mereka yang telah menjadi kawan itu mengatakan itu adalah atas dasar
                 persahabatan, apakah hukumnya pada saya yang menerima ?
3.         Apakah ada cerita-cerita dari kitab-kitab muktabar yang boleh dijadikan
               panduan ?
Jawapan
Umar bin Abdul Aziz ketika menjawat jawatan khalifah pernah diberi hadiah, tetapi ditolaknya. Kemudian dikatakan kepadanya: "Rasulullah sendiri sudi menerima hadiah." Umar menjawab: "Apa yang diterima oleh Nabi itu memang hadiah, tetapi ini bagi saya adalah sogokan." (Lihat al-Halal Wal haram Fil Islam).
               Imam al-Ghazali berkata di dalam al-Ihya' Ulumuddin, jika larangan (rasuah) itu begitu tegas, maka sepatutnya seorang hakim atau penguasa - dan yang seumpamanya - memperkira-kirakan dirinya semasa tinggal bersama ayah dan ibunya. Kalau dia diberi hadiah selepas meletakkan jawatannya tetapi ketika itu dia masih tinggal bersama ayah dan ibunya, maka boleh diterimanya ketika dia sedang memegang jawatan itu. Tetapi kalau dia tahu pemberian itu kerana jawatannya, maka haram dia menerimanya. Dan hadiah-hadiah kawannya yang masih diragukan, apakah kalau dia melepaskan jawatan berkenaan mereka akan memberinya? Maka hal berkenaan dilihat sebagai barang syubhat, oleh itu jauhilah. 
 Bagaimana jika anda tidak memegang jawatan berkenaan? Apakah mereka ini akan menghulurkan hadiah? Hadiah dari seseorang atas dasar persahabatan lain, manakala atas dasar rasuah atau kerana anda sedang memegang jawatan itu adalah berbeza.
Berhati-hatilah dalam membuat perbedaan antara hadiah dan sogokan.. Jika gagal, anda akan terjebak ke dalam satu dosa, jenayah  dan penzaliman yang paling keji. Malah dapat memberi kesan yang tidak sihat kepada masyarakat Islam atau bukan Islam.

4. Penutup.
Demikianlah keterangan yang menjelaskan Zakat, Riba dan Rasuah dan berbagai aspek dan hukumnya, semoga keterangan ini dapat bermanfaat, atas segala kesilapan dan kekurangannya mohon untuk dapat maklum dan perbaikan, Saya ucapkan Terima kasih, Jaza’akumullah Khoiron Kasiron..








Artikel       : Cabaran keusahawanan
Pelajar       : M.Ihsan Dacholfany
Pensyarah : DR.Noorasmah HJ.Othman
                    DR.Ab.Halim Tamuri



Artikel       : Cabaran keusahawanan
Pelajar       : M.Ihsan Dacholfany
Pensyarah : DR.Noorasmah HJ.Othman
                    DR.Ab.Halim Tamuri

Tidak ada komentar:

Posting Komentar